Pergerakan Pemuda UMNO Kedah mencabar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menubuhkan sebuah parti baru dan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di atas populariti sendiri tanpa bantuan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, saranan itu berdasarkan teori yang sering digembar-gemburkan oleh pihak tertentu bahawa faktor utama kemenangan BN di Kedah pada PRU ke-13 yang lalu disebabkan keyakinan rakyat terhadap populariti Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bagi Pemuda Kedah, ini peluang terbaik Mukhriz membuktikan teori tersebut secara praktikal. Kita amat yakin dan percaya, kemenangan BN Kedah pada PRU yang lalu adalah disebabkan gerak kerja BN dan UMNO negeri yang penuh persefahaman di samping komitmen tinggi dan kerja kuat segenap jentera dan ahli parti.
"Oleh yang demikian, adalah tidak adil untuk mengatakan Mukhriz adalah faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Kedah pada tahun 2013," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua pemimpin UMNO itu telah berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.
Muhyiddin dan Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis 'Deklarasi Mahathir' yang dianjurkan oleh kumpulan menuntut Najib meletakkan jawatan.
Pada Ahad pula, Muhyiddin berkata, satu platform politik baharu perlu diwujudkan untuk menyakinkan rakyat bahawa masih ada harapan untuk negara ini.
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, dia memerlukan masa untuk mengkaji keupayaan dan mendapatkan maklum balas bagi mewujudkan platform politik yang boleh diyakini rakyat.
Sementara itu Shaiful pada dasarnya yakin dan percaya suasana politik serta semangat juang ahli parti bertambah selepas pengunduran Mukhriz daripada jawatan menteri besar dan pengerusi perhubungan.
"UMNO Kedah kini sudah kembali mendapat rentak yang sama sewaktu parti kembali merampas pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 2008.
"Kami juga memohon agar PAS tidak membuat sebarang kenyataan yang nyata memperkecilkan diri sendiri. Hakikatnya krisis menteri besar dan penderhakaan beberapa pemimpin UMNO tidak sama sekali menjejaskan sokongan rakyat terhadap kepimpinan yang sedia ada.
"Hakikatnya, PAS Kedah sendiri yang perlu membuat pengupayaan semula selepas perpecahan besar sehingga wujudnya parti Amanah. UMNO Kedah bergerak seperti biasa dan kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengulangi kejayaan pada tahun 2013," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 27 2016
SHAIFUL: Ini peluang terbaik Mukhriz membuktikan teori tersebut secara praktikal. - Gambar fail
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.