awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
Kes 1MDB: Bebas atas tidak Najib kekal di Penjara Kajang, jalani hukuman kes SRC International
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2022
10:34 MYT
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Siti Bainun (gambar) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi - Foto Astro AWANI/ShahirOmar
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Saksi pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood bagaimanapun berkata dia tidak menceritakan kepada polis mengenai insiden tersebut ketika siasatan kerana takut dimarahi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Yasmin, 19, yang juga penghuni rumah kebajikan itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, berhubung perkara terbabit.
"Sebab (Siti) Bainun sudah bagi arahan jangan beritahu apa-apa. Kalau saya cerita, saya takut nanti (Siti) Bainun marah. Waktu itu, saya tidak percaya pihak mana-mana pun," katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Selain tidak menceritakan kejadian, Yasmin berkata, dia juga tidak menunjukkan kain itu kepada polis berikutan ia sudah dibuang kerana berbau.
Sementara itu, Yasmin tidak bersetuju dengan cadangan peguam, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor, bahawa kejadian mengikat dan tidak mahu memberi air kepada Bella dilakukan olehnya.
Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kenyataannya direka bertujuan untuk memastikan Siti Bainun dipenjarakan.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari dan Jun 2021.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Kes Bella
#Penderaan Bella
#Siti Bainun dera
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan