awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi

Bernama
Bernama
29/03/2021
04:35 MYT
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Zulkifli berkata perbincangan khas, atau munaqasyah itu adalah dari sudut perundangan dan memperkasakan apa juga fatwa berkaitan kalimah Allah. - Foto BERNAMA
KUALA PERLIS: Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah yang melibatkan pakar panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan khas, atau ‘munaqasyah’ itu adalah dari sudut perundangan dan memperkasakan apa juga fatwa berkaitan kalimah Allah.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hari ini beliau berkata, hasil munaqasyah pertama berhubung isu berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lepas.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan, namun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zulkifli
#kalimah
#kuips
#JAKIM
#Majlis Raja-Raja
#Allah
#Munaqasyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan