BUKIT MERTAJAM: Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini, pada Khamis.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
"Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, tular di media sosial saksi mendakwa kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya di Bukit Mertajam.
Mangsa dikatakan sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit nahas.
Menurut saksi, mangsa kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 19 2022
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. - Gambar/ Ihsan pembaca
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia cemerlang raih satu gangsa, empat 'Medallion for Excellence' di WorldSkills Lyon
Wong Hsun Wei meraih pingat gangsa dan dinobatkan Best Of Nation pada acara penutup WSC 2024 dan penyampaian pingat pada Ahad.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.
71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan EPL selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.
RIUH Bah! akan terus dilaksana, beri peluang anak muda tunjuk bakat - Fahmi
Acara itu terbukti dapat memberi ruang terutama kepada para usahawan dan pemuzik menunjukkan bakat masing-masing.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Kelantan
Supt Mazlan berkata, mangsa yang berusia 48 dan 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lebih kurang jam 4 petang.
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Lelaki berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan setakat Jun - Sim
Sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Wanita maut, nahas kereta, treler muatan sawit di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona berlanggar dengan sebuah lori treler jenis Hino yang membawa muatan sawit.
Kemalangan elak kera: 'Sempat ajar isteri dan ibu mengucap' - Pemandu
Mohd Fadzil Othman, 27, kehilangan isteri Siti Norhasliza Kamarudin, 26, dan ibunya Omi Kalsom Man, 69, dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, pada Sabtu.
Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek di lebuh raya
Seorang penunggang motosikal maut selepas langgar sebuah tayar lori yang bergolek dari arah bertentangan di kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 14 maut, 55 cedera nahas bas di Kenya
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 55 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kenya, lapor Sputnik.