Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi meneruskan rayuannya untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, dengan majoriti 2-1, membenarkan permohonan Musa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Jahid@Noordin Jahim untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Musa dan Jahid mengemukakan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 28 Nov tahun lepas menolak rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman pemula bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie pada 7 Nov 2018.
Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof, yang turut bersidang, membuat keputusan memihak kepada Musa manakala Mohd Zawawi menentang.
Abdul Rahman membenarkan permohonan itu dengan 10 isu perundangan untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan tersebut.
Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah berpendapat rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada penyingkiran Musa telah dilakukan secara sah dan mengikut Perlembagaan Sabah.
Mohd Zawawi, dalam penghakimannya pula berkata beliau menolak permohonan itu kerana sudah tidak wujud ‘isu hidup’ dalam kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Hakim membenarkan permohonan itu dengan 10 isu perundangan untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan tersebut. - Gambar fail
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Anwar gagal peroleh kebenaran mahkamah cabar Ordinan Darurat
Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu selaku pemohon.
Musa Aman peroleh kebenaran teruskan rayuan cabar pelantikan Shafie Apdal
Tan Sri Musa Aman memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi meneruskan rayuannya untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.