awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Hassan kahwini Qistina Lim

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2023
05:05 MYT
Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Majlis resepsi perkahwinan Musa dilaporkan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi. - Gambar/ Mohammad Izzat Hassan FB
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Qistina Lim.
Majlis perkahwinan itu dikongsikan di Faceook individu bernama Mohammad Izzat Hassan memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir.
"Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
"Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah," katanya.
Majlis resepsi perkahwinan Musa dilaporkan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi.
Selain itu, pendakwah selebriti, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi pasangan mempelai itu.
Beberapa pengguna Facebook yang menonton siaran langsung itu mengucapkan tahniah dalam masa sama mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.
Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.
Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Musa Hassan
#kahwin
#majlis persandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan