Kerajaan negeri Sabah akan melakukan yang terbaik dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata Jawatankuasa Bencana Negeri akan menyampaikan bantuan termasuk bekalan makanan dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di sini, Beaufort dan Tenom.
Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ketiga-tiga kawasan itu yang teruk dilanda banjir. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.
Lebih 3,000 mangsa banjir ditempatkan di 25 pusat pemindahan banjir di Tenom, Beaufort dan Keningau selepas perkampungan mereka dilanda dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak Khamis.
"Kerajaan prihatin dengan nasib semua mangsa. Menteri Persekutuan (Shahidan) yang bertanggungjawab dengan hal ehwal bencana juga berada di sini untuk meninjau keadaan banjir serta membantu mangsa," katanya.
Menurutnya Jawatankuasa Bencana Negeri yang dipengerusikan Sukarti juga memantau keadaan itu dan akan memaklumkan keadaan semasa kepada umum menerusi saluran sedia ada termasuk media sosial.
"Saya juga meminta mangsa banjir supaya tenang dan tidak panik...tolonglah patuh arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka. Ini memudahkan proses pemindahan dan penyaluran bantuan," katanya.
Musa berkata beliau juga telah mengarahkan pihak berkuasa berkenaan seperti polis, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Sabah Air untuk membantu menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir.
"Selain jabatan dan agensi negeri, kami juga mengalu-alukan bantuan daripada badan bukan kerajaan dan individu. Ketika krisislah, kita boleh membantu dalam apa jua cara," kata beliau.
Musa juga mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain air banjir.
Di BEAUFORT, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan banjir yang melanda daerah ini sebagai antara yang terburuk sejak tahun 1981.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata banjir kali ini menjejaskan hampir keseluruhan daerah ini dan menyebabkan kerosakan harta benda serta kawasan pertanian.
Tinjauan Bernama di dearah ini mendapati hampir keseluruhan pekan lama Beaufort ditenggelami air termasuk jambatan lama yang menjadi laluan utama ke daerah lain seperti Sipitang.
Ada sesetengah kawasan juga ditenggelami air sehingga hampir tiga meter terutama di kawasan blok kedai yang berhampiran dengan tebing Sungai Padas.
Ini menyebabkan aktiviti perniagaan di pekan lama Beaufort hampir lumpuh manakala sistem pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta api ke daerah berkenaan juga terjejas kerana dinaiki air.
Sehingga 5.30 petang tadi, paras air Sungai Padas melepasi 10 meter, yang melebihi paras bahaya iaitu 8.70 meter.
Bernama
Sat Feb 15 2014
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.