awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim durian jadi tarikan di Balik Pulau

Bernama
Bernama
12/06/2019
07:23 MYT
Musim durian jadi tarikan di Balik Pulau
Dusun James Wong menawarkan secara bufet dengan harga RM80 seorang untuk menikmati pelbagai jenis raja buah itu selama dua jam. - Bernama
Sebut pasal durian di Pulau Pinang, pastinya penduduk tempatan akan merujuk kepada raja buah yang ditanam di kawasan Balik Pulau sebagai yang terbaik di negeri ini.
Sebagaimana hebatnya mangga harum manis dikaitkan dengan Perlis, begitulah juga sinonimnya durian Balik Pulau kepada Pulau Mutiara ini yang pastinya menjadi buah yang dicari-cari tatkala ketibaan musimnya.
James Wong, seorang daripada pemilik ladang durian di daerah barat daya pulau ini adalah antara usahawan yang tidak menang tangan apabila jumlah pengunjung meningkat ke ladangnya setiap kali musim durian tiba.
Dusunnya yang seluas lima hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau ini mempunyai 150 pokok yang terdiri daripada 20 varieti durian termasuk musang king, udang merah, duri hitam dan kulit hijau.
Seorang pekerja dusun James Wong melakukan kerja-kerja pembersihan buah durian di Sungai Pinang. - Bernama
Seorang pekerja dusun James Wong melakukan kerja-kerja pembersihan buah durian di Sungai Pinang. - Bernama
"Tahun ini hanya ada dua musim durian sahaja berbanding tiga musim pada tahun lepas. Musim pertama kali ini antara hujung bulan Mei dan Ogos manakala yang kedua nanti dalam bulan September," katanya ketika ditemui di ladangnya.
Biarpun musimnya kurang, Wong berkata kuantiti buah yang diperolehnya tahun ini lebih banyak berbanding jumlah yang dikutip tahun lepas.
Sebagai nilai tambah kepada produk sajiannya kepada pengunjung, beliau turut menawarkan 'bufet durian' di ladangnya pada harga RM80 seorang untuk membolehkan penggemar durian menikmati sebanyak mungkin varieti durian di ladangnya dalam tempoh dua jam.
Buah dari dusunnya ini turut dijual di daerah-daerah lain di negeri ini serta di Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balik Pulau
#durian
#Dusun
#James Wong
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan