KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun depan.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat juga dijangka lebih tertumpu di Sarawak serta Sabah pada awal Januari dan Februari 2022.
"Dalam tempoh ini (Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh), empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Selain itu, mulai hujung Januari hingga Mac 2022 dijangka cuaca agak kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Kebanyakan tempat di Malaysia dijangka menerima hujan paras purata sepanjang Monsun Timur Laut kali ini. Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.
MetMalaysia memaklumkan risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.
Katanya tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan manakala kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut.
Justeru, jabatan itu menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web serta media sosial rasminya dan aplikasi mobil myCuaca.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
MetMalaysia memaklumkan risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut. - Gambar fail
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Suami isteri terpaksa ulang-alik bawa tujuh anak naik motosikal ke PPS
Ismanizam Ibrahim, 42, dan isterinya Siti Rodiyah Zulkifli, 37, sanggup berulang-alik membawa tujuh anak mereka berumur lingkungan setahun hingga 15 tahun menaiki motosikal untuk ke PPS.
Rakyat Malaysia perlu peka kepada ancaman penyakit bawaan banjir dalam musim tengkujuh
Banjir yang melanda kawasan beriklim tropika ketika musim tengkujuh boleh menjadi ancaman kepada kesihatan awam yang ketara, mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang membawa kesan jangka panjang.
Jualan pukat ikan laris pada musim tengkujuh di Kelantan
Memukat ikan ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang dinantikan penggemarnya sebagai sumber rezeki untuk mendapatkan ikan darat.
'Jaga diri, jaga kesihatan' pesan PM kepada penerima bantuan miskin tegar di Labuan
"Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar hari ini.
Tunggu masa rumah ditelan laut
Apabila masuk musim tengkujuh akan berlaku ombak besar sehingga menyebabkan banyak rumah berhampiran pantai dinaiki air.
Ikan budu lauk pilihan musim tengkujuh
Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
Pemuda raih pulangan lumayan jual ubi kayu
Seorang pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya.
Orang Asli alami gangguan komunikasi, bimbang terperangkap ketika musim tengkujuh
Penduduk Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor mendakwa mengalami gangguan rangkaian telefon dan capaian internet yang lemah ketika musim tengkujuh.
160 pangkalan hadapan di Kelantan sedia agih bekalan keperluan banjir
Sebanyak 160 pangkalan hadapan di Kelantan bersiap sedia untuk mengagihkan bekalan keperluan bencana banjir ke 456 pusat pemindahan sementara (PPS).