KOTA BHARU: Memahami kesulitan orang ramai terutama dalam berdepan musim banjir, sebuah syarikat pembekal ayam segar hari ini mengambil inisiatif menjual barangan keperluan itu pada harga Rahmah RM5.90 sekilogram.
Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya bermula 9 pagi hingga 3 petang.
"Pada musim banjir ini, kami menerima banyak tempahan (ayam) termasuk daripada mangsa banjir di Pasir Mas dan Pasir Puteh yang terkesan dengan bencana itu pada 21 Nov lepas, dan ada juga daripada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
"Ada juga bahagian ayam seperti leher dijual pada harga RM2.99 sekilogram bagi membolehkan semua orang dapat makan ayam," katanya kepada Bernama pada program 'Jualan Ayam Segar Musim Boh' di tapak kilangnya di Kota Seribong di sini hari ini.
Pengarah Ayam Putih Sdn Bhd Muhammad Darwis Ibrahim pula berkata sebelum ini pihaknya mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah (B40) menerusi usaha sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta kerajaan negeri.
Beliau berkata usaha membantu orang ramai tercetus selepas perniagaannya yang terjejas akibat COVID-19 berjaya dipulihkan.
"...perniagaan kami hampir jatuh (terjejas akibat COVID-19), tetapi berjaya dipulihkan semula. Sebab itu kami nekad untuk membantu orang lain terutama berkaitan jualan ayam.
"Selain program membantu mangsa banjir, kami turut mengadakan jualan murah di lokasi anjuran kerajaan negeri seperti di Jeli, Tanah Merah dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu," katanya.
Seorang pelanggan Nurul Huda Yahya, 35, berkata biarpun hujan lebat, dia sanggup datang seawal 8 pagi bagi mendapatkan bekalan ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasar raya serta pasar basah.
Menurutnya walaupun seorang pelanggan hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam sahaja, usaha itu mampu meringankan beban orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya bermula 9 pagi hingga 3 petang. - Gambar hiasan
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Musim tengkujuh: Pembekal jual ayam pada harga murah bantu orang ramai
Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya.
Pengguna, peniaga di Kelantan dakwa sukar dapat bekalan gula
Ketiadaan gula sedikit sebanyak mengganggu peniagaan memandangkan gula antara bahan utama dalam masakan mahupun minuman.
Terdapat penurunan bekalan telur ayam di Terengganu pada Ramadan - KPDN
KPDN Terengganu mengakui terdapat penurunan hingga 33 peratus bekalan telur ayam di negeri ini pada bulan Ramadan berikutan terdapat kekurangan bekalan daripada pihak pembekal.
Pembekal dicadang ambil bahagian inisiatif Menu Rahmah - Presma
Cadangan itu bagi menyediakan bahan mentah pada harga yang lebih rendah kepada restoran yang menyertai inisiatif berkenaan.
78 individu ditahan termasuk pembekal dadah dipanggil 'Doktor'
Polis berjaya menahan tiga pembekal dadah ke pusat-pusat hiburan termasuk seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun.
Isu bekalan telur: Peniaga harap kerajaan bincang dengan pengusaha, pembekal
Malah bekalan telur menurutnya semakin sukar ketika hujung minggu atau hari cuti disebabkan pelbagai masalah termasuk masalah pengangkutan.
Kenaikan harga barang: Persatuan Kek Lapis Sarawak mahu bekerjasama dengan pembekal
Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang.
Tiga peniaga sayur dikompaun dalam Op Sayur
Sebanyak 171 pemeriksaan dilakukan dan sebanyak 12 notis bertulis (NB) dan 89 Notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) dikeluarkan.
Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tohmahan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik.
Harga ayam di Kedah dijangka naik lagi menjelang Aidilfitri
Menurut Mohd Yusrizal, pihaknya menerima banyak aduan berkaitan harga ayam yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM13 sekilogram di negeri ini sejak dua minggu lalu.