Cadangan menyerahkan kerusi parlimen Bukit Gelugor milik DAP kepada PAS sesuatu yang mustahil, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata.
Mohamad berkata, biarpun cadangan tersebut boleh dilihat sebagai satu usaha ke arah gabungan yang lebih mantap namun realitinya ia agak sukar dilaksanakan.
Katanya, kesukaran tersebut bukan hanya datang dari DAP namun turut melibatkan parti yang dianggotainya sendiri.
"Kalau DAP serah kepada PAS bertanding di Bukit Gelugor, apakah PAS sedia menyerahkan kerusi di Kubang Kerian atau Pengkalan Chepa kepada mereka (DAP) bila PRU14?
"Pada saya, cadangan ini baik tetapi kedua-dua parti mungkin masih belum benar-benar bersedia untuk berbuat demikian," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohamad bertanding di kerusi parlimen Pendang namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul.
Malam tadi, aktivis Pakatan Rakyat, Hishamuddin Rais mencadangkan agar DAP meletakkan Mohamad sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei nanti.
Kata Hishamuddin, meletakkan Mohamad sebagai calon di Bukit Gelugor boleh memberi makna baru terhadap kerjasama dalam gabungan tersebut.
Selain itu, Hishamuddin berpendapat ia juga boleh meredakan pertelingkahan mengenai isu hudud antara PAS dan DAP.
Selain Hishamuddin, sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin turut memberikan cadangan yang sama.
Presidennya Ramesh Rao berkata, meletakkan Mohamad sebagai calon membolehkan PAS menjelaskan isu hudud dan memastikan masyarakat bukan Islam memahami perkara berkenaan.
DAP akan mengumumkan calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Sabtu ini.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya di KM306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyatakan penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei dan hari pengundian pada 25 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei.
Pengerusi DAP itu memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, menewaskan calon BN Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.
Irwan Muhammad Zain
Tue May 06 2014
MAT SABU: Kalau DAP serah kepada PAS bertanding di Bukit Gelugor, apakah PAS sedia serahkan kerusi di Kubang Kerian atau Pengkalan Chepa kepada DAP bila PRU14?
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng
Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan yang berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH).
Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
Arahan tersebut dikeluarkan selepas Ramkarpal Singh enggan tarik balik label 'gengster' yang digunakannya terhadap Pemuda UMNO.
Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang itu sebagai suatu yang pelik.
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor
Ramkarpal yang telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 , meraih jumlah undi sebanyak 41,242.
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.