AARSAL: "Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak.
"Rumah saya juga telah dimusnahkan, jadi tiada apa-apa lagi yang tinggal," demikian kata Nada Housiki, 30, yang merupakan antara ribuan pelarian Syria, kini berlindung di khemah kem al-Malaab, Aarsal, terletak di pergunungan utara Lubnan.
Nada ditemui wartawan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di khemahnya sempena program menyantuni pelarian Syria bagi agihan daging korban sumbangan rakyat Malaysia yang disampaikan melalui petugas Aman Palestin (AP).
Penulis berpeluang ke khemah plastik milik Nada, bagi melihat sendiri keadaan kedaifannya dengan hanya mempunyai dapur dan satu ruang tamu sempit yang dapat memuatkan kira-kira tujuh orang dalam satu-satu masa.
Semasa kunjungan itu juga, dapat dilihat beliau hanya mempunyai simpanan dua kilogram beras, sebungkus roti dan beberapa kepingan biskut yang boleh bertahan beberapa hari untuk dimakan bersama empat orang anaknya.
Nada telah menghuni di kem tersebut sejak 2012 setelah terpaksa lari menyelamatkan nyawa ketika negaranya dilanda peperangan saudara yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan hilang tempat tinggal.
Nada berkata beliau berdepan kesengsaraan bagi membesarkan keempat-empat anaknya yang masih kecil berusia antara lapan hingga 13 tahun seorang diri setelah suaminya meninggal dunia akibat terkena letupan bom lapan tahun lepas.
"Sebagai pelarian, saya berdepan banyak kesukaran terutama duit yang tidak mencukupi, masalah sosial dan makanan. Ada ketikanya saya menangis apabila gagal menunaikan permintaan anak-anak apabila mereka kelaparan," katanya.
Ditanya bagaimana beliau berdepan dengan dugaan yang cukup luar biasa itu, Nada berkata: "Saya sentiasa bersabar, tidak boleh lemah semangat demi anak-anak saya, selain berdoa kepada Allah untuk diberi kekuatan melalui ujian ini," katanya yang bekerja dengan pendapatan yang tidak tetap hasil mengutip buah di ladang milik penduduk Lubnan.
Sementara itu seorang lagi pelarian, Wafa Ali, 52, turut berkongsi kesusahan tidak mempunyai pendapatan apabila beliau terpaksa membesarkan dua cucunya yang terpisah sejak enam tahun lepas semasa mereka dalam perjalanan melarikan dari Syria menuju ke Lubnan.
"Satu ketika kerajaan Syria memberi tawaran untuk rakyatnya kembali ke negara asal, anak saya telah pulang untuk cuba mencari saya dan anak-anaknya, namun gagal sehinggalah kerajaan Syria menutup kembali sempadan," katanya yang kini hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon.
Sementara itu, Ketua Misi Korban AP di Lubnan Mohd Salmi Mohamed berkata beliau telah dimaklumkan Union of Relief and Development Associations (URDA) yang bertindak sebagai penyelaras korban di Lubnan bahawa pada tahun ini, hanya AP badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang melakukan misi korban.
Mohd Salmi berkata setakat hari ketiga korban (12 Zulhijjah) di sini, sebanyak 58 ekor lembu telah dikorbankan dengan penerima manfaat dianggarkan seramai 14,700 orang dari kem pelarian Syria di utara dan kem pelarian Palestin di selatan Lubnan.
"Walaupun jumlah penyertaan ibadat korban rakyat Malaysia di Lubnan pada tahun ini berkurangan hampir separuh berbanding tahun lalu, namun misi bantuan agihan daging korban tetap dilakukan kerana ia amanah dan menunjukkan sokongan rakyat Malaysia sentiasa bersama Palestin dan Syria," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Kem al-Malaab, Aarsal, yang terletak di pergunungan utara Lubnan menjadi tempat perlindungan kepada ribuan pelarian dari Syria. - Gambar/ Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria.
Rusia tuduh Presiden AS serang Iraq, Syria demi lonjak imej kempen pilihan raya
Rusia menuduh Presiden Joe Biden melakukan serangan di Iraq dan Syria untuk melonjakkan imejnya semasa kempen pilihan raya presiden sedang memuncak.
Enam pejuang SDF maut dalam serangan dron pangkalan AS di Syria
Enam pejuang Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai puak Kurdi terbunuh dalam serangan dron ke atas sebuah pangkalan Amerika Syarikat (AS) di timur Syria.
Projek Sinar Baitul Ridha di Syria boleh didiami awal Mei
Nik Justin berkata, terkini proses pemilihan dan kenal pasti keluarga yang layak sedang dilakukan.
Penentuan penalti bantu Iran lepasi halangan jiwa besar Syria
Iran yang terpaksa mengharungi masa tambahan 30 minit dengan 10 pemain, menang 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1.
Piala Asia: Syria lakar sejarah ke pusingan kalah mati, menang tipis menentang India
Gol kemenangan hadir pada minit ke-75, melakar pencapaian bersejarah bagi skuad Qasioun Eagles itu.
Lima maut dalam serangan udara di Damsyik
Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu.
Ikat Syria permulaan baik Harimau Malaya - Pan-gon
Kim Pan-gon berkata, keputusan itu juga memberikan permulaan yang baik buat pasukan negara selain menghadirkan keyakinan tinggi kepada pemain sebelum aksi pertama Kumpulan E bertemu Jordan.
Malaysia sekali lagi 'rantai' Syria 2-2
Perlawanan menentang Syria itu merupakan satu-satunya aksi pemanas badan skuad kendalian Kim Pan-gon sebelum bermulanya aksi Piala Asia.