MALAYSIA
Muzik jadi suara murid khas: Cikgu Stefanus raih anugerah RISE Educator Award 2025

Stefanus Lucas, guru muzik SK Pendidikan Khas (P) Kota Kinabalu merupakan penerima Anugerah RISE Educator Award 2025. - Taylor’s College
SUBANG JAYA: Pendekatan unik seorang guru dari Sabah menggunakan muzik sebagai alat pendidikan untuk murid berkeperluan khas membawa beliau ke pentas kebangsaan apabila menerima RISE Educator Award 2025, anjuran Taylor’s College bersama unit pelajarnya, The Risers.
Ringkasan AI
- Pendekatan unik seorang guru dari Sabah menggunakan muzik sebagai alat pendidikan untuk murid berkeperluan khas membawa beliau ke pentas kebangsaan apabila menerima RISE Educator Award 2025, anjuran Taylors College bersama unit pelajarnya, The Risers.
- Cikgu Stefanus Lucas dari SK Pendidikan Khas (Perempuan), Kota Kinabalu, menerima RM5,000 sebagai penghargaan atas dedikasi dan inovasinya manakala, sekolah tersebut menerima RM50,000 bagi merealisasikan projek pendidikan khas yang diilhamkan olehnya.
- Walaupun berdepan kekangan sumber, beliau menubuhkan bilik muzik khas dan membentuk kumpulan muzik murid lelaki, termasuk murid yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran.
“Saya bermula hampir tanpa apa-apa, hanya kepercayaan bahawa muzik mampu mengubah kehidupan," katanya.
Walaupun berdepan kekangan sumber, beliau menubuhkan bilik muzik khas dan membentuk kumpulan muzik murid lelaki, termasuk murid yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran.

Stefanus Lucas (kiri) dianugerahkan Anugerah RISE Educator 2025 dan RM5,000 sebagai penghargaan terhadap penggunaan muzik yang memberi inspirasi untuk mengajar pelajar khas. - Foto Taylor’s College
Projek jangka panjang beliau termasuk membentuk kumpulan muzik pelajar Sabah pertama yang menggabungkan alat muzik tradisional dan moden, serta membina ruang muzik khusus untuk murid kurang upaya (OKU) pendengaran.
Menurut Taylor’s College, lebih 1,000 pencalonan diterima dan 65,000 undian awam dikumpul dari seluruh negara bagi edisi tahun ini. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang membawa perubahan bermakna di dalam bilik darjah dan komuniti.
Pemilihan pemenang dibuat melalui gabungan 75% penilaian juri profesional dan 25% undian awam.
Senarai 5 finalis terbaik adalah:
- Stefanus Lucas – SK Pendidikan Khas (P), Kota Kinabalu, Sabah
- Mohd Nur Hifzhan Noordan – SK Sungai Passai, Sibu, Sarawak
- Dr Mohd Zamri Husaini – SK Kampung Tun Razak, Melaka
- Izzat Fahim Ibrahim – SK Tagibang, Kota Marudu, Sabah
- Hallsen Justin – SK Timbua, Ranau, Sabah

Empat finalis lain, bersama guru besar sekolah masing-masing menerima RM1,000 dan RM10,000 untuk sekolah daripada Taylor’s College sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada pendidikan. - Foto Taylor’s College
Setiap finalis menerima RM1,000, manakala sekolah masing-masing menerima RM10,000 untuk penambahbaikan fasiliti pembelajaran.

Fadzliaton Zainudin ketika merasmikan majlis Anugerah RISE Educator & Conference 2025. - Foto Taylor’s College
Majlis penyampaian anugerah turut diserikan dengan ucaptama oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Fadzliaton Zainudin.
Wakil Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM Kartini Sahirin, Pengarah Kampus Taylor’s College
Josephine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Teach For Malaysia; Chan Soon Seng, penerima RISE Educator Award 2024; Shawn Stanly Anthony Dass.
Guru besar SK Pendidikan Khas (Perempuan), Kota Kinabalu Muhammad Hamka Eallie, menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian Cikgu Stefanus.
“Beliau melihat potensi, bukan kekurangan. Usahanya mengubah cara sekolah ini melihat pembelajaran dan pemerkasaan murid harus dipuji," jelasnya.
Josephine Tan dari Taylor’s College pula berkata, sepanjang lima tahun pelaksanaan RISE Educator Award, mereka menyaksikan semangat luar biasa dalam kalangan guru, termasuk yang melaksanakan inisiatif dengan dana sendiri.
“Anugerah ini kini menjadi platform untuk menghubungkan pendidik, komuniti dan agen perubahan agar saling memberi inspirasi," jelasnya.
Sejak ditubuhkan, RISE Educator Award telah meraikan 18 pendidik dan menyalurkan lebih RM200,000 dalam bentuk geran dan pembangunan sekolah di seluruh negara.
Tahun ini, kejayaan acara ini turut disokong Persatuan Alumni Perdana Fellows.
Untuk maklumat lanjut mengenai RISE Educator Award, layari laman rasmi Taylor’s College di https://college.taylors.edu.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami