awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCEB bersama Batik Fun Walk semarakkan budaya Malaysia

Israr Khalid
Israr Khalid
27/10/2023
04:04 MYT
MyCEB bersama Batik Fun Walk semarakkan budaya Malaysia
Lebih 1,000 peserta memeriahkan Batik Fun Walk 2023 pada 22 Oktober lalu. -Foto MyCEB
BATIK Fun Walk kembali lagi untuk penganjuran tahun kelapan berturut-turut!
Dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dengan kerjasama Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Batik Fun Walk membawa pengalaman kebudayaan Malaysia yang penuh warna.
Batik Fun Walk berlangsung dengan jayanya pada 22 Oktober 2023 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang juga rakan kerjasama acara, dan disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zain Azrai Rashid, Batik Fun Walk mewakili sebuah perjalanan kecergasan dalam meraikan keunggulan warisan batik Malaysia dipayungi kepesatan kota raya Kuala Lumpur.
“Kita meraikan kehalusan ketukangan, kreativiti, dan keberertian batik, pada ketika kita menggalakkan orang ramai mengamalkan kehidupan yang sihat.
“Kerjasama strategik MyCEB adalah penting dalam menjadikan matlamat ini satu realiti, memperluas capaian kami ke khalayak yang lebih besar dan menggemakan kepentingan budaya dalam keraian ini,” jelasnya.
Dianggarkan lebih 1,000 peserta memeriahkan Batik Fun Walk tahun ini, menandakan peningkatan popularitinya serta kuasa batik menyatukan komuniti berbilang latar belakang di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PENYAYANG, Datuk Leela Mohd Ali pula berkata, untuk lebih 10 tahun Batik Fun Walk menjadi acara penuh keriangan yang menggalakkan pemakaian batik dalam persekitaran yang santai dan kasual.
“Ketika batik merupakan pakaian tradisional kita, dan kita berusaha memelihara unsur-unsur tradisi, kita memperakui bahawa batik harus dikontemporarikan untuk kekal relevan dan tidak ketinggalan daripada trend fesyen terkini.
“Batik Fun Walk menawarkan kepada rakyat Malaysia, muda dan tua, peluang untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam pemakaian batik sambil menikmati riadah di pagi Ahad yang bahagia,” ujarnya.
Tambahan pula, seiring dengan Hari Sukan Negara yang jatuh pada bulan Oktober dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), MyCEB bersama PENYAYANG menyahut idea memupuk budaya bersenam dengan kerap untuk menjamin kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Batik Fun Walk menjadi satu lagi inisiatif untuk menyokong usaha kerajaan mempromosikan batik Malaysia.
Topic Berkaitan
#MyCEB
#batik fun walk
#penyayang
#MOTAC
#Matic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan