awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYEG dapat projek sistem pembayaran dalam talian daripada Kementerian Kesihatan

Bernama
Bernama
08/10/2020
21:30 MYT
MYEG dapat projek sistem pembayaran dalam talian daripada Kementerian Kesihatan
MYEG berkata bahawa projek itu tidak mempunyai nilai tetap kerana bergantung kepada jumlah urusniaga dan pilihan perkhidmatan yang dipilih oleh pengguna. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:MY E.G. Services Bhd (MYEG) menerima surat penerimaan daripada Kementerian Kesihatan untuk projek sistem pembayaran dalam talian yang akan membolehkan pengembara mendaftar dan membuat pembayaran selepas ketibaan untuk ujian saringan COVID-19 dan bayaran kuarantin di semua pintu masuk negara.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan kerajaan elektronik itu berkata tempoh projek itu adalah dua tahun, berkuat kuasa 1 November, 2020.
"Sistem ini memudahkan pelaksanaan langkah-langkah kerajaan untuk mencegah penularan COVID-19 dengan mempercepatkan proses saringan COVID-19 dan menetapkan lokasi kuarantin untuk rakyat Malaysia dan pelancong asing yang tiba di Malaysia.
"Projek ini dijangka akan memberi sumbangan positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2020 dan tahun-tahun berikutnya," katanya.
MYEG berkata bahawa projek itu tidak mempunyai nilai tetap kerana bergantung kepada jumlah urusniaga dan pilihan perkhidmatan yang dipilih oleh pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyEG
#Kementerian Kesihatan
#sistem pembayaran dalam talian
#COVID-19
#bayaran kuarantin
#Bursa Malaysia
#ujian saringan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan