KUALA LUMPUR : Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam jumlah penempatan pekerjaan menerusi MYFutureJobs pada tahun ini, berbanding tahun lalu.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, bagi tahun ini sehingga 23 Februari lalu, seramai 23,890 individu berjaya mendapat tawaran pekerjaan menerusi portal perkhidmatan pekerjaan negara itu.
"Sejak mula beroperasi Jun tahun lalu, sejumlah 185,493 individu berjaya mendapat tawaran kerja.
"Jumlah ini mencerminkan kesan positif pemulihan ekonomi dan kami yakin dengan kerjasama semua pihak terbabit, bilangan peluang pekerjaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan berhubung pelancaran portal MYFutureJobs, yang memainkan peranan penting menyokong Program PenjanaKerjaya, di sini, pada Khamis.
Seramai 78 majikan mengambil bahagian dalam karnival maya ini dengan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan.
Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Sumber Manusia itu berlangsung selama empat hari sehingga esok.
Hari pertama sesi temu duga dalam talian yang berlangsung semalam, kata Saravanan, menyaksikan seramai 1,473 individu telah menghadiri temu duga dengan 51 orang ditawarkan kerja.
Katanya, seramai 16,294 mendaftar sehingga semalam dan ini termasuklah 149 dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) yang mana terdapat 1,896 jawatan kosong yang ditawarkan.
"Orang ramai masih berpeluang untuk menghadiri temu duga secara dalam talian ini kerana
esok (Jumaat) adalah hari terakhir sesi temu duga terbuka," jelasnya.
Dalam pekembangan yang sama, Saravanan memberitahu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berperanan sebagai broker pekerjaan setakat 24 Februari lalu menawarkan 137,041 kekosongan jawatan aktif menerusi platform terbabit.
Sementara itu, menerusi Program Insentif Pengambilan Pekerja atau PenjanaKerjaya pula katanya,
seramai 146,258 individu diambil bekerja oleh majikan sehingga 23 Februari lalu, yang melibatkan 18,653 majikan.
Beliau memberitahu, bersempena dengan karnival PenjanaKerjaya pada tahun ini, inisiatif baharu iaitu #TogetherWeStand, diilhamkan bersama oleh kementeriannya bersama Kementerian Kewangan,
bagi mengalakkan majikan-majikan berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani kadar pengangguran negara.
Umavathi Ramayah
Thu Feb 25 2021
Saravanan berkata, seramai 16,294 mendaftar sehingga semalam dan ini termasuklah 149 dalam kalangan OKU. - Gambar/ Kementerian Sumber Manusia
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.
PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.