PADANG RENGAS:Kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan yang menafikan dakwaan parti itu cuba 'membeli' atau 'mencuri' ahli UMNO disifatkan sebagai tidak cerdik.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan sehingga kini sudah terbukti 16 kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) dicuri dari UMNO.
"Tak cerdik... Macam mana tak curi (ahli UMNO)? Orang ini bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN), jadi kalau tak curi kita lawanlah nanti, kita tengok.
"Itu baru tak curi. Mereka curi 16 kerusi kita, Parlimen dan negeri. Perak ini dua DUN kita dia curi. Dia (Bersatu) bukan curi dari kita sahaja... daripada orang lain pun sama, itu curilah namanya," ujar beliau
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium di sini pada Ahad.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainon Mat Noor.
Terdahulu, Bersatu menafikan dakwaan parti itu cuba 'membeli' atau 'mencuri' ahli UMNO sehingga sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh.
BACA: Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.
Sebelum ini Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.
Fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan sebegini akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat Bersatu ditubuhkan dan gabungan besar PN diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.
Aida Aziz
Sun Jan 03 2021
Nazri (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium di sini pada Ahad. - Astro AWANI
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.