SEGAMAT: Keadaan remaja lelaki 15 tahun yang terlibat dalam nahas lima kenderaan yang meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa, Abdullah Amir Ruddin yang masih mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat itu, kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
Terdahulu, pihaknya telah terkesan berikutan satu laporan berita pada pukul 6.30 petang semalam yang mendakwa remaja berkenaan meninggal dunia.
"Polis mengesahkan berita berkenaan adalah tidak benar dan mangsa terbabit yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun masih dirawat, di mana jumlah mangsa yang maut masih kekal enam orang.
Polis memohon agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang berita yang tidak pasti kesahihannya kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi keluarga yang masih bersedih. Segala perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Zamry berkata pihak media juga dinasihatkan agar mendapatkan segala maklumat dari pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang berita bagi memastikan berita yang dikeluarkan adalah benar-benar sahih.
Dalam nahas Jumaat lepas itu, ibu dan bapa mangsa Norahimah Noor Muhammad, 43 dan Amir Ruddin Ismail, 46 serta empat beradik mangsa Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5 meninggal dunia dan jenazah kesemua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Muar petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Ahmad Zamry berkata mangsa, Abdullah Amir Ruddin yang masih mendapat rawatan di ICU Hospital Segamat itu, kini menggunakan alat bantuan pernafasan. - Gambar fail/Bomba
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Tabung Kasih@HAWANA: Dua sahabat media Pahang dibantu
Dua bekas pengamal media di Pahang menerima sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA bagi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan dan kesukaran hidup.
Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi
Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.
Nahas di Segamat: Remaja 15 tahun dalam keadaan stabil - Polis
Keadaan remaja lelaki 15 tahun yang terlibat dalam nahas lima kenderaan yang meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Fahmi doakan kesembuhan Salahuddin
Saya mendoakan afiyah buat Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru selesai pembedahan, tulis Fahmi.
13 kanak-kanak cedera gelongsor angin diterbangkan angin kencang di Mongolia
Seramai 13 kanak-kanak dilaporkan cedera selepas gelongsor angin diterbangkan angin kencang dalam satu kejadian di barat Mongolia, lapor Xinhua memetik Agensi Polis Negara pada Isnin.
Pekerja kesihatan di UK sekali lagi adakan mogok
Pekerja kesihatan di United Kingdom (UK) kembali mengadakan mogok pada Isnin dan Selasa, selepas kesatuan sekerja menolak tawaran gaji yang dikemukakan pihak kerajaan pada bulan lalu.
PM Anwar ziarah Rohana Jalil di hospital
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.
Dua beradik melecur terkena cecair kimia bersihkan sinki tersumbat
Seorang kanak-kanak lelaki melecur teruk di kepala dan badan manakala adik perempuannya melecur di bahagian paha.
244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.