TAIPING: Sepasang suami isteri antara tiga terbunuh dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 262.5, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Trong semalam.
Dalam nahas sekitar jam 10.30 malam itu, Mohd Fahimi Shaffie dan isterinya, Nor Aserah Ismail masing-masing berusia 36 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza serta penumpang kereta jenis Honda Civic, Haminah Majid, 73, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, maklumat awal kemalangan diterima melibatkan dua kereta dan sebuah lori.
"Pasangan suami isteri yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga anak mereka cedera.
"Pemandu kereta Honda Civic mengalami kecederaan patah kaki kiri dan tangan kanan, namun ibunya berusia 73 tahun yang juga penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dua kanak-kanak yang juga penumpang kereta sama tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohamad Nasir, pemandu dan kelindan lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki telah melanggar bahagian belakang lori yang dipandu di lorong kiri jalan.
"Kemudian datang sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta Perodua Bezza yang mengakibatkan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 25 2024
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.
Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari, Isnin.
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan
Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi.
Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat
Warga emas berusia 62 tahun itu ditemukan bersama cucunya pada jam 9.30 pagi tadi.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE
Mangsa menaiki van itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
Warga emas maut langgar papan tanda
Ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.
Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Wanita maut tercampak keluar dari kereta, suami cedera
Seorang wanita meninggal selepas kereta suaminya terbabas di Kilometer 27, Jalan Pan Borneo; cuaca hujan menjadi faktor dalam kemalangan tersebut.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
Enam terbunuh, 10 cedera dalam kemalangan jalan raya di Idaho
Enam orang terbunuh dan 10 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah trak pikap dan sebuah van mini di negeri Idaho, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.