KUALA LUMPUR: Akaun Facebook 503 Squadron dihujani doa dan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak awal pagi tadi.
Laman sosial itu tular susulan hantaran yang dimuat naik empat hari lepas memaparkan beberapa gambar Skuadron 503 menghantar dua Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan kru udara dan 11 juruteknik pesawat ke Lumut untuk menyertai Lintas Hormat di KD Pelandok sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April ini.
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut dan ia benar-benar menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.
Lebih meruntun jiwa, gambar itu diiringi kapsyen "Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik."
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Taufik meninggal komen "Lambaian terakhir diorg (mereka). Jatuh beb air mata jantan tengok gambar mereka. Salam takziah dan al-Fatihah buat kru helikopter yang terhempas. Semoga Allah letakkan darjat tertinggi buat semua mangsa."
Syafiq Wahab pula meninggalkan komen "Selamat berehat wahai pejuang negara. Moga Allah ampunkan semua dosa mereka semua dan ditempatkan bersama orang beriman dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus tanpa hisab dan azab. Rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan buat kalian yang pergi. Terima salute dari kami."
Selain itu Muhd Iqbal memberi reaksi "Allahu. Sayunya hati tengok gambar ini. Tempatkan mereka perajurit negara dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Allah," sementara Mart Shap pula berkata "Gugur air mata jantan aku min... hilangnya 10 pahlawan negara serentak."
Seorang lagi pengguna media sosial Ummusa Alawiyah Ahmad turut meninggalkan komen memaklumkan insiden itu mendapat perhatian media antarabangsa. "Sudah masuk berita Jam 6 di Sydney 9News Australia. Allahhummaghfirlahum Warhamhum... Amin daripada kami di perantauan."
Tragedi pada 9.32 pagi itu menyaksikan 10 anggota TLDM termasuk Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli disahkan terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut. - Facebook 503 Squadron
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
India bawa pulang 10 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah
Faktor utama nahas helikopter TLDM 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Menteri Luar Malaysia tandatangan nota takziah di kedutaan Iran
Menteri Luar mengunjungi Kedutaan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.
Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur.
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.