awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Jempol: 6 sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/06/2017
23:54 MYT
Nahas Jempol: 6 sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad
Majlis pengkebumian enam sekeluarga terbabit dihadiri lebih 100 penduduk kampung dan ahli keluarga.- Foto Astro AWANI
Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, pada Ahad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kubur Jelawat di sini awal pagi tadi.
Kesemua jenazah disemadikan dalam satu liang lahad.
Majlis pengkebumian dihadiri lebih 100 penduduk kampung dan ahli keluarga.
Jenazah enam sekeluarga sebelum itu tiba di Masjid Naim, Jelawat dari Hospital Jempol, Negeri Sembilan sekitar jam 1.05 pagi diiringi satu-satunya waris tunggal keluarga berkenaan, Wan Muhammad Hazim, 19.
BACA: 'Saya jadi serba salah tidak ikut keluarga ke Kuantan' - Anak
BACA: Senarai nama mangsa nahas di Jempol
Jenazah kemudiannya disembahyangkan oleh penduduk dan ahli keluarga.
Suasana sedih dan hiba turut mengiringi pemergian keluarga berkenaan.
Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan, Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.
Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Muhamad Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisha, 7.
Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Topic Berkaitan
#Bachok
#jenazah
#keluarga
#kemalangan
#maut
#Nahas
#Nahas Jempol
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan