awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Muslimat Pas: Jenazah semua mangsa selamat dikebumi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/10/2023
07:12 MYT
Nahas Muslimat Pas: Jenazah semua mangsa selamat dikebumi
Jenazah Taibah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, Sungai Petani pada jam 9.40 pagi. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Jenazah Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri, 23, selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sungai Petani, pada Sabtu.
Jenazah Taibah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, Sungai Petani pada jam 9.40 pagi, disusuli jenazah Nor Fatihah yang dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Sungai Petani jam 11 pagi.
Kira-kira 500 orang terdiri daripada rakan dalam parti, ahli keluarga dan kenalan hadir untuk memberi penghormatan terakhir ke atas kedua-dua jenazah.
Menurut anak keenam Allahyarhamah Taibah, Imaduddin Md Noor, 24, kali terakhir dia bertemu ibunya ketika menghantarnya ke Stesen Bas Sungai Petani untuk menaiki bas bersama rombongan ke Muktamar Tahunan Pas di Shah Alam, Selangor Rabu lalu.
Katanya, sewaktu dalam perjalanan dia sempat berbual dengan ibunya mengenai mati syahid dan pergolakan yang berlaku di Palestin.
“Saya yang hantar Umi (arwah) dekat stesen bas Sungai Petani untuk pergi Muktamar Pas di Shah Alam.
“Arwah selalu cerita pasal syahid tambah pula sekarang isu hangat dekat Palestin. Umi kata saya anak lelaki bolehlah pergi jihad boleh dapat syahid, Umi ni perempuan payah Umi dah dapat yang apa Umi nak, Umi selalu cerita pasal kematian orang yang baik-baik,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, di sini, pada Sabtu.
Jelas Imaddudin, dia mengetahui kemalangan menimpa ibunya melalui kumpulan WhatsApp keluarga dan pada mulanya menyangka ibunya hanya cedera ringan.
Namun katanya, ketika sedang bersiap untuk ke Hospital Slim River adiknya memberitahu yang ibu mereka sudah meninggal dunia.
Sementara itu, suami Allahyarham, Md Noor Hasan, 61, berkata dia reda dengan pemergian isterinya itu.
“Dia (arwah) sembahyang tepat waktu. Arwah selalu berpesan kepada anak bongsu yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) supaya membaca Al-Quran setiap malam,” ujarnya.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, Taibah, Fatihah Nabilah, dan Nurul Najihah Amzi, 27, yang juga Penolong Setiausaha Dewan Muslimat Pas Kawasan Sungai Petani meninggal dunia ketika sedang membantu mangsa kemalangan di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Behrang, Perak.
Dalam kejadian itu, Taibah dan Fatihah Nabila maut di tempat kejadian manakala Nurul Najihah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Slim River semasa menerima rawatan.
Terdahulu, jenazah Nurul Najihah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga, Alor Setar selepas Subuh tadi.
Topic Berkaitan
#Muslimat Pas
#kemalangan maut
#kebumi
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan