ALOR SETAR: Tindakan mengubah dasar oleh kerajaan Kedah sebelum ini didakwa telah menyebabkan pelan menaik taraf lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini tertangguh.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa jika dasar itu tidak diubah, usaha mengatasi masalah bekalan air di seluruh negeri ini dapat dilaksanakan lebih awal dan berkemungkinan tidak berlarutan hingga ke hari ini.
"Hanya setelah berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri pada Mei 2020, barulah usaha untuk mengatasi masalah ini digerakkan semula.
"Sejak itu, pelbagai langkah penyelesaian yang lebih konkrit serta komprehensif telah dilaksanakan mengikut prosedur dan nasihat daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata setelah lama tertangguh, projek menaik taraf lima LRA terbabit iaitu LRA Pelubang di daerah Kubang Pasu, LRA Lubuk Buntar Lama (Bandar Baharu), LRA Sungai Limau (Baling), LRA Jenun Baru (Pendang) dan LRA Bukit Selambau (Kuala Muda) dilaksanakan pada pertengahan tahun lepas.
Katanya kesemua projek itu yang keseluruhannya membabitkan kos RM931 juta, dijangka siap dalam tempoh antara dua dan tiga tahun lagi.
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga telah menyusun pelan pengurangan air tidak terhasil (NRW) termasuk penggantian paip di seluruh Kedah, yang keseluruhannya menelan kos hampir RM1 bilion.
Tambah beliau selain pelan jangka panjang, Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk pelan kontingensi bagi menghadapi masalah gangguan bekalan air pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
"Insya-Allah apabila projek menaik taraf lima LRA serta penggantian paip di seluruh negeri siap kelak, tiada lagi masalah gangguan bekalan air di negeri ini.
"Bagi pihak kerajaan negeri dan SADA, saya memohon berbanyak maaf atas gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan tertentu, namun yakinlah bahawa usaha untuk mengatasi masalah ini sentiasa dan akan terus dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa jika dasar itu tidak diubah, usaha mengatasi masalah bekalan air di seluruh negeri ini dapat dilaksanakan lebih awal dan berkemungkinan tidak berlarutan hingga ke hari ini. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.