KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahunya menerusi telefon supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengkaji transaksi lepas, dan hanya beri tumpuan kepada projek usaha sama (JV) yang dicadangkan antara dana kekayaan berdaulat (1MDB) itu dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Mohd Bakke, 68, berkata pesanan itu telah disampaikan oleh Najib sendiri selepas bekas perdana menteri itu selesai bercakap dengan ahli perniagaan yang sedang dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low menerusi perbualan telefon semasa satu mesyuarat lembaga pengarah.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam yang mengetuai pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.
Saksi itu merujuk kepada satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang dihadiri beliau serta Jho Low pada 26 Sept 2009, dan Jho Low dikatakan menerima panggilan telefon daripada Najib ketika itu.
Mohd Bakke berkata walaupun beliau bimbang dengan beberapa isu yang dikaitkan 1MDB seperti AS$700 juta yang didakwa diseleweng, Najib memberitahunya supaya tidak mengambil masa yang panjang untuk mengkaji transaksi sebelumnya.
"Najib memberitahu saya tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa melihat urus niaga lepas, dan hanya melihat cadangan JV, kerana perkara itu telah dibincangkan sejak sekian lama, dan kami perlu membuat keputusan secepat mungkin," kata saksi itu.
Mohd Bakke berkata bahawa disebabkan kata-kata Najib, beliau kemudiannya berasa cukup selesa untuk menyampaikan pesanan itu kepada ahli lembaga pengarah yang lain untuk meneruskan usaha sama berkenaan.
Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju bahawa Jho Low mempunyai kawalan penuh ke atas pengurusan 1MDB kerana pihak (pengurusan) menerima arahan daripadanya walaupun Jho Low tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam syarikat berkenaan.
Kepada soalan bagaimana saksi itu boleh beranggapan bahawa Jho Low mewakili Najib, Mohd Bakke berkata ia bukan sekadar tanggapan, kerana beliau pernah bertemu Jho Low di pejabat Najib semasa beliau menjadi menteri pertahanan, dan juga ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri di Putrajaya.
Pada penghujung prosiding hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan berkata beliau berasa seperti "berada di Mahkamah Keadilan Collin" disebabkan gaya pemeriksaan balas Muhammad Shafee terhadap saksi yang menyentuh isu lebih berkaitan dengan kes rasuah 1MDB, dan bukannya kes laporan audit 1MDB.
Hakim Mohamed Zaini berkata demikian sebagai merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes rasuah RM2.3 bilion 1MDB yang melibatkan Najib.
Muhammad Shafee kemudiannya berkata isu panggilan telefon itu dibangkitkan oleh ketua pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa prosiding lepas dan pihak pembelaan berhak menyoal saksi mengenai perkara itu.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, didakwa bersubahat dengan Najib membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) serta 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 12 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Mohd Bakke berkata pesanan itu telah disampaikan oleh Najib sendiri selepas selesai bercakap dengan Jho Low menerusi perbualan telefon semasa satu mesyuarat lembaga pengarah. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.