awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2021
14:23 MYT
Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'
Menurut Najib, kesemua posting yang dimuat naik oleh beliau telah disekat daripada muncul di paparan (wall) pengikut akaunnya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah ‘dikacau’ sejak pagi tadi.
Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kesemua 'posting' yang dimuat naik oleh beliau telah disekat daripada muncul di paparan (wall) pengikut akaunnya.
“Ya, page FB saya ini memang telah dikacau dan disekat sejak pagi ini dan posting-posting saya tak lalu wall semua followers. Tidak pernah berlaku.
“Adakah ada pihak yang main kotor? Saya main FB pun ada yang takut?” tulis beliau.
Malah, beliau turut memuat naik tangkap layar skrin beberapa komen dari pengikut akaunnya yang menyatakan rasa pelik kerana 'posting' Najib tidak kelihatan di 'wall' mereka.
Sumber Facebook najibrazak
Selasa lalu, Najib mengakui telah menerima notis bankrap daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.
Beliau bagaimanapun mendakwa, ia adalah satu tindakan pihak tertentu untuk memalukan beliau, apatah lagi notis itu diberikan pada hari pertama prosiding rayuannya pada Isnin.
BACA: Najib akui terima notis bankrap LHDN, anggap ia 'menambah garam ke luka ketidakadilan'
BACA: Ada cubaan batalkan kelayakan Najib untuk ke pilihan raya - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, notis kebankrapan kepada Najib merupakan satu bentuk 'ugutan' kepada anak guamnya.
Jelasnya, notis tersebut diterima hanya beberapa hari selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di mana UMNO mengumumkan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain itu, Muhammad Shafee turut mendakwa, terdapat usaha daripada pihak tertentu yang cuba untuk membatalkan kelayakan Najib untuk menyertai mana-mana pilihan raya kelak.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Facebook
#dikacau
#bekas perdana menteri
#Ahli Parlimen Pekan
#posting
#FB
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan