Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berharap Malaysia mampu menghasilkan inovasi sebagaimana yang dibangunkan oleh syarikat gergasi, Apple, dan pengeluar kereta elektrik, Tesla, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Beliau berkata banyak teknologi menarik dan canggih sedang dibangunkan oleh kedua-dua syarikat itu, yang akan membentuk masa depan dunia.
"Di Malaysia, kerajaan (juga) sentiasa menyokong usaha memulakan 'start-up' serta pusat penyelidikan berkaitan industri berteknologi tinggi dan industri pengetahuan," katanya dalam catatan terbaharunya di blog NajibRazak.com hari ini.
Najib, yang dalam rangka lawatan kerja ke Amerika Syarikat, melawat Apple iaitu syarikat gergasi teknologi terkemuka di Cupertino, California dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Operasinya Jeff Williams.
Beliau turut mengunjungi Tesla, pengeluar kereta elektrik di Palo Alto, California, dan mendengar taklimat yang disampaikan Naib Presiden syarikat itu Diarmuid O’Connell.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata antara topik yang dibincangkan ketika melawat ibu pejabat Apple ialah peranan syarikat teknologi itu dalam bidang pendidikan di Malaysia.
"Kita akan meninjau peluang untuk mengusahakan satu Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Apple di rantau Asia Pasifik di Malaysia, yang akan menumpukan kepada cara inovatif menggunakan teknologi mobil untuk merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
"Selain itu, untuk mengembangkan lagi potensi minda-minda muda Malaysia, kita juga akan meneroka peluang bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Aplikasi Apple untuk mengenal pasti, mendidik dan melahirkan pemaju aplikasi tempatan," katanya.
Perdana menteri berkata pemaju-pemaju aplikasi tempatan akan mereka cipta aplikasi-aplikasi untuk Apple Store yang bersesuaian bagi pembelajaran dan pasaran tempatan.
Mengenai Tesla, Najib berkata beliau berpeluang memandu uji kereta elektrik terbaharu syarikat itu yang diberi nama X.
"Syarikat itu bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mempromosi kenderaan elektrik di Malaysia dengan menyediakan sekurang-kurangnya 100 unit Model S, kereta sedan elektrik premium pertama di dunia ke Malaysia.
"Kita juga adalah negara pertama di ASEAN untuk menerima kereta-kereta Tesla ini," kata Najib.
Najib mengadakan lawatan kerja selama seminggu ke Amerika Syarikat sejak 11 Feb lepas, dan antara lain, menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California.
Bernama
Thu Feb 18 2016
Najib harap Malaysia mampu hasilkan inovasi seperti Apple dan Tesla. -fotoBERNAMA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025
Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Apple dilapor pertimbang idea hasilkan set televisyen
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Google Gemini mungkin akan diintegrasikan dalam iOS bermula 2025
Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store.
Apple AirTag baharu dijangka tiba pertengahan 2025
Apple AirTag Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025
Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Share To TikTok mudahkan perkongsian muzik daripada Apple Music dan Spotify
Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Apple, Samsung dilapor turut berminat ambil alih Intel
Apple dan Samsung berminat untuk mengambilalih Intel kerana kemampuan syarikat tersebut dalam mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri.