Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini.

Mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 4 petang itu dijangka membincangkan isu semasa dan usaha penambahbaikan parti.

Turut hadir, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib-naib presiden parti dan ketua-ketua sayap.

Sidang media dijangka berakhir pada pukul 6 petang sebelum majlis berbuka puasa bersama komponen Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO).‎