Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Rusia.

"Tahniah Presiden Vladimir Putin atas kemenangan dalam pilihan raya presiden. Malaysia menaruh harapan ke arah menjalin hubungan yang lebih baik dan lebih strategik dengan Rusia," kata beliau menerusi catatan dalam Facebook.

Putin, 65, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya presiden pada Ahad, untuk melanjutkan tempoh pemerintahannya selama enam tahun lagi sehingga 2024.

BACA: Rusia Memilih: Putin bakal pecah rekod terajui Rusia selama empat penggal

BACA: Putin menang lagi untuk penggal ke-4


Malaysia dan Persekutuan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-51 terjalinannya hubungan diplomatik pada 3 April.

-- BERNAMA