Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Kongres Baku kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan (2.15 petang waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, di sini.
Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba bagi menyertai pemimpin dari lebih 29 negara sempena majlis pembukaan sidang kemuncak yang dijadual bermula pada jam 1 tengah hari waktu tempatan.
Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Azerbaijan, Ilyam Aliyev.
Turut sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Antara pemimpin lain yang hadir adalah Presiden Iran, Hassan Rouhani; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; dan Presiden Presidium Supreme People’s Assembly (SPA), Choe Ryong-hae.
Sidang Kemuncak NAM kali ini bertemakan "Berpegang Kepada Prinsip Bandung Bagi Memastikan Tindak Balas Konkrit dan Mencukupi Terhadap Cabaran Kontemporari Dunia."
Dr Mahathir dijangka menyampaikan ucaptama pada pukul 7.30 waktu Malaysia.
BACA: PM tiba di Azerbaijan bagi hadiri Sidang Kemuncak NAM ke-18
Hasimi Muhamad
Fri Oct 25 2019

Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Kongres Baku kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan (2.15 petang waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, di Baku, Azerbaijan. - Gambar Astro AWANI

PKP 2.0 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Sibu
Selain Kelantan, Sibu Sarawak juga menjadi daerah terbaru dilaksanakan PKP. Untuk kita meninjau dengan lebih dekat situasi di sana. Kita bersama dengan Khairuddin Rushdi Ayuphan, wakil Astro AWANI Sarawak

Banjir | Kemaskini situasi banjir di Sarawak
Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kembali meningkat dengan 4,247 mangsa membabitkan 1,173 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Sarawak Nuzuluddin Abdul Razak untuk perkembangan di Bumi Kenyalang.

COVID-19 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Kelantan
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan. Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh Kelantan. Untuk tinjauan di negeri Kelantan kita bersama dengan Muhafandi Mohamad, wakil Astro AWANI Kelantan.

AWANI Ringkas: Tun Dr Salleh Abbas meninggal dunia | Kelantan laksana PKP bermula hari ini

COVID-19: Peningkatan kes di Kelantan akibat gelombang kepulangan perantau
Peningkatan kes dan penularan wabak COVID-19 secara mendadak di seluruh Kelantan dipercayai berpunca daripada gelombang kepulangan perantau baru-baru ini.

AWANI Pagi: Menarik atau tidak buku teks digital?
Kementerian Pendidikan, KPM menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi 'KPM etextbook reader' bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital. Antara lain, KPM berkata, aplikasi itu akan memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. PKP bermula Rabu sehingga 26 Januari ini. Bersedia di talian melalui Skype, orang yang tepat sekali untuk berkongsi topik ini. Beliau ialah Mutalib Uthman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.

Banjir di empat negeri belum reda, 10,549 mangsa dipindah ke PPS
Pahang catat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,676 di lima daerah terkesan, diikuti Sarawak, Sabah dan Johor

PKP 2.0: Surat kebenaran hanya perlu dipohon sekali sahaja
Peniaga yang ingin meneruskan perniagaan dan perlu merentas daerah, digesa mendapat surat kebenaran dari balai polis berdekatan.

Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa
Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Kehidupan kembali normal di Nagorno-Karabakh
Kira-kira 7,000 pelarian kembali ke Nagorno-Karabakh, kata Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoigu dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Armenia, di Yerevan, ibu negara Armenia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 November 2020.

Tiada sekatan terhadap media, kebebasan bersuara di Azerbaijan - Ilham Aliyev
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menegaskan pihaknya tidak pernah menyekat kebebasan media, suara dan akses internet di negara tersebut.

'Kami berjuang demi tanah di tanah air kami,' kata duta Azerbaijan
Rakyat Azerbaijan sentiasa mengenang ketika Malaysia pada 2008 menjadi penaja bersama resolusi Perhimpunan Agung PBB mengenai keadaan di wilayah yang dijajah Azerbaijan.

Tentera Armenia serang Ganja, bandar kedua terbesar di Azerbaijan
Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata tentera Armenia melancarkan serangan roket di wilayah Fizuli dan di wilayah Aghdam dan Terter.

Malaysia gesa rundingan damai Nagorno-Karabakh
Malaysia menggesa konflik pertempuran tentera yang berlaku di wilayah Nagorno-Karabakh di republik Azerbaijan sejak 27 September lalu diselesaikan secara diplomasi di meja rundingan.

COVID-19: Muhyiddin alu-alukan penubuhan pasukan petugas NAM
Perdana Menteri mengalu-alukan penubuhan Pasukan Petugas NAM yang berperanan mewujudkan pangkalan data bersama bagi keperluan perubatan asas.

Kes pertama COVID-19 dilaporkan di Belarus
Pelajar Iran itu baharu pulang dari Baku, Azerbaijan, kata Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

PM akhiri kunjungan di Azerbaijan, berlepas ke Turkmenistan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan selepas mengakhiri kunjungan tiga hari di Azerbaijan, pada Sabtu.

Isu peralihan kuasa: Kita boleh bercakap - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berbincang mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.