Tersekat di luar pejabat ketika hujan turun dengan lebatnya adalah satu situasi yang amat merunsingkan bagi sesetengah individu.
Lebih-lebih lagi apabila kita tidak mengamalkan peribahasa Melayu lama "Sediakan payung sebelum hujan".
Namun nasib berbeza ditakdirkan untuk seorang lelaki, Naqib Nadhir Shamsuri pada petang tadi sewaktu hujan lebat melanda Kuala Lumpur.
Hampir sahaja dia berputus asa dengan nasib malangnya itu kerana resah dan tidak mampu meredah hujan untuk kembali ke pejabatnya.
Sebuah kereta yang menghalang laluan jalannya hampir menghilangkan perasaan sabar.
Namun, pemandu kereta tersebut seorang wanita lebih dewasa menurunkan cermin keretanya tanpa menghiraukan tempias yang bakal masuk ke ruang dalam keretanya.
Wanita itu menghulurkan kepadanya sekaki payung menerusi cermin kereta dan kemudiannya berlalu pergi tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih.
"Wanita itu tidak mengharapkan sebarang penghargaan ataupun pujian bagi memuaskan egonya. Dia hanya mahu menghulurkan sedikit bantuan," tulis Naqib yang hanya sempat mengingati nombor plat kereta wanita itu.
Bagi meraikan keluhuran budi pekerti wanita itu, Naqib yang mengakui kesukaran untuk mencari semula wanita tersebut telah mengajak rakyat Malaysia lain untuk sama-sama melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh wanita tersebut.
"Saya berjanji akan menyimpan payung ini di dalam kereta dan akan diberikan kepada individu lain yang berdepan dengan situasi sama yang saya lalui hari ini sebagai tanda terima kasih saya kepada wanita tersebut." tambah Naqib.
Selain hashtag #MalaysiaBoleh dan #JanganCakapAbangTakPayung‬, Naqib turut menyertakan hashtag #PayungItForward yang turut berkait dengan sebuah filem Hollywood tahun 2000, Pay It Forward.
Filem Pay It Forward mengisahkan seorang guru kajian sosial yang memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk memikirkan sesuatu idea jujur yang dapat mengubah dunia agar menjadi lebih baik beserta tindakan yang perlu dilakukan sehingga berkembang menjadi satu fenomena negara.
Itu cerita Naqib, apa pula peranan kita untuk meneruskan budi pekerti tinggi yang telah dilakukan oleh wanita pemilik kereta bernombor plat WVR5503 itu.
Muzaffar Mustapa
Tue May 10 2016
Naqib Nadhir Shamsuri hanya sempat merakamkan selfie dengan kereta milik wanita tinggi budi pekerti. - Foto Facebook Naqib Nadhir Shamsuri
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Naqib gerak kempen #PayungItForward untuk rai wanita tinggi budi pekerti
Nasib malang seorang lelaki Naqib Nadhir Shamsuri berubah apabila seorang wanita memberikannya sekaki payung bagi meredah hujan untuk pulang ke pejabat.