awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib pelajar sekolah di kawasan terpencil tidak disisihkan Astro

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
22/07/2022
15:20 MYT
Nasib pelajar sekolah di kawasan terpencil tidak disisihkan Astro
Jelas Henry Tan (kiri), kerjasama Astro dalam menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sejak 2012 itu sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar supaya tidak ketinggalan dalam mata pelajaran. - Astro Kasih
KUALA LUMPUR: Sejumlah 190,000 jam dapat dijimatkan bagi pelajar yang ingin melakukan perjalanan ke sekolah harian sejak penubuhan Asrama Astro yang disediakan khas kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
Bukan itu sahaja, inisiatif yang digerakkan Astro Kasih ini juga dapat melancarkan akses kepada pendidikan dan mengurangkan beban pelajar yang terpaksa berjalan kaki hampir 10 kilometer sehari demi menuntut ilmu di sekolah.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia, Henry Tan, kerjasama Astro dalam menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sejak 2012 itu sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar supaya tidak ketinggalan dalam mata pelajaran.
Katanya, mereka kini dapat meluangkan lebih banyak masa dengan menyertai aktiviti akademik di sekolah berbanding melakukan perjalan yang memakan masa sehingga dua hingga empat jam sehari.
Pada Jumaat, program Walk For Education yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Malinsau di Ranau, Sabah menerima sumbangan berjumlah RM40,000 sebagai bantuan pendidikan.
Program yang mula diperkenalkan sejak 2010 itu juga membantu mengurangkan kadar keciciran yang sangat ketara sejak mereka ditempatkan di asrama yang disediakan.
Sebelum ini, kehadiran pelajar sekolah yang terletak di Malaysia Timur itu hanya merekodkan peratusan 30 hingga 40 peratus sahaja.
Topic Berkaitan
#Astro
#pendidikan
#Sabah
#Walk For Education
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan