Nasib Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sama ada layak atau tidak untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), akan ditentukan beberapa jam sahaja lagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Karim Rahman dijadualkan membuat keputusan terhadap permohonan Tian Chua selaku perayu yang memohon mengetepikan sabitan dan hukuman denda RM3,000 kerana bersalah menghina pegawai polis, tiga tahun lalu.

Tian Chua tiba di mahkamah jam 8.50 pagi ini.

Pada 9 Mac 2017, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mensabitkan Tian Chua atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat terhadap Deputi Supt Glenn A Sinappah, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini, jam 7.45 malam, pada 14 April 2014.