awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan lelaki warga Kanada keluar kata kesat, tunjuk isyarat lucah

Bernama
Bernama
19/04/2022
09:27 MYT
Polis buka kertas siasatan lelaki warga Kanada keluar kata kesat, tunjuk isyarat lucah
Suspek ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki warga Kanada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Ampang di sini, akibat ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki berumur 44 tahun itu hadir ke balai polis berkenaan pada 8.30 malam tadi bagi memberi keterangan setelah menyedari video memaparkan dirinya itu viral di media sosial.
"Suspek yang menetap dan bekerja di negara ini, disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peratuan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau talian penting polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai berdekatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, suspek ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Ahad lepas, tular sebuah video berdurasi 18 saat dimuat naik dua pemilik akaun TikTok memaparkan tindakan agresif suspek terhadap pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kata-kata kesat
#warga Kanada
#isyarat lucah
#jalan ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan