awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari

Bernama
Bernama
25/02/2023
02:00 MYT
NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari
Mohamad Haris berkata keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah memuji Belanjawan 2023 kerana memfokuskan kepada pembaharuan yang mampan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menjana pelaburan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Ketua Eksekutifnya Mohamad Haris Kader Sultan berkata keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga melalui mewujudkan pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang perniagaan terutamanya bagi golongan B40, kumpulan fakir miskin dan miskin tegar melibatkan semua kaum termasuk masyarakat orang asli.
"Kami juga menyambut baik bantuan melalui insentif dan subsidi untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang merupakan tulang belakang negara dan penting dalam mewujudkan ekonomi yang mampan dan sejahtera di NCER," katanya dalam satu kenyataan.
NCIA berkata bahawa ia akan terus memastikan NCER kekal sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan bernilai tinggi melibatkan peningkatan modal serta menggalakkan pembangunan saksama berdasarkan penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan pemindahan teknologi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, mengumumkan bahawa kadar cukai MSME ke atas pendapatan bercukai untuk RM150,000 pertama akan dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus manakala sejumlah RM1 bilion pembiayaan tersedia di bawah Bank Negara Malaysia untuk membantu MSME mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.
Anwar juga berkata kerajaan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan MSME dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.
NCIA ialah pihak berkuasa pembangunan wilayah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan hala tuju dan merangka dasar serta strategi yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi NCER yang merangkumi empat negeri di utara iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#NCIA
#Mohamad Haris Kader Sultan
#NCER
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan