Negara kehilangan pemimpin berwibawa berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata bagi rakyat Sarawak kehilangan tersebut amat dirasai berikutan Adenan seorang Ketua Menteri yang disayangi rakyat Sarawak.
"Selama tempoh pemerintahan banyak perubahan telah dilakukannya. Keputusan-keputusan dan sasaran yang dibuat membuatkan rakyat lebih sayang, yakin kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemuncaknya, pada tahun sudah kerajaan BN menang dengan begitu cemerlang," katanya kepada pemberita di sini Rabu malam.
Terdahulu Najib, dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa hampir 30 minit untuk menziarahi jenazah Adenan di kediaman Allahyarham di Damai Jaya, Santubong.
BACA: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia
BACA: Pemergian Adenan Satem: Ucapan takziah, kesedihan banjiri media sosial
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pengebumian Tan Sri Adenan Satem
Mengulas lanjut, Najib berkata secara peribadi beliau kehilangan seorang rakan karib yang rapat dengannya.
"Bukan baru ini tetapi sekian lama saya sudah lihat perjalanan kerjaya beliau waktu senang, susah dan saya akan tetap kenang beliau sebagai seorang sahabat.
"Dan bagi saya dan isteri itu satu kehilangan yang amat dirasai," katanya.
Najib berkata bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia beliau mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.
Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan di sini, pada pukul 1.24 tengah hari tadi.
Esok, Najib dan isteri dijadualkan menghadiri majlis penghormatan terakhir terhadap Adenan di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya pada pukul 10.30 pagi sebelum mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas solat Zuhur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017
Gambar fail Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem ketika satu pertemuan di Perdana Putra pada 4 Julai, 2016. - Foto BERNAMA
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.