KUALA LUMPUR: Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam.
Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, dan tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.
"Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di Ipoh, Perak.
BACA: Rumah rosak, pokok tumbang akibat 'puting beliung' di Ipoh
BACA: Puting beliung gemparkan penduduk Bukit Kayu Hitam
Ambun berkata, faktor berlakunya kejadian ini disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan di dasar awan tersebut.
Ambun berkata amat sukar untuk MetMalaysia meramal kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.
"Puting beliung sebesar ini dia sekejap sahaja, paling lama pun sejam dia berlaku. Jadi tempoh untuk memantau kejadian ini agak singkat, sebab itu dia agak sukar untuk diramal, tapi kita melihat pembentukan awan kumulonimbus dengan menggunakan imej radar kita yang ada di seluruh Malaysia" katanya.
Ambun berkata antara tanda awal akan berlakunya puting beliung ialah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku puting beliung, selain elakkan mendekati kawasan tersebut dan mencari perlindungan di tempat selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam. - Gambar fail/BERNAMA
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
Bumbung 7 blok SMK Munshi Abdullah rosak teruk dilanda ribut
Kesemua tujuh blok bangunan kelas dan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di sini rosak teruk selepas dibadai ribut, petang tadi.
Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.
Trump batalkan perhimpunan di Iowa susulan amaran puting beliung
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah membatalkan perhimpunannya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Iowa berikutan amaran puting beliung, lapor Sputnik.
Ribut ganas melanda Florida mengakibatkan kerosakan teruk
Jabatan Polis Palm Beach Gardens mengesahkan tiada kecederaan yang serius atau kematian dilaporkan akibat bencana alam itu.
Angka kematian akibat ribut ganas di AS semakin meningkat
Angka kematian bencana puting beliung di barat tengah AS meningkat kepada 32 individu melibatkan 11 negeri.
Angka kematian akibat ribut ganas di AS meningkat
Angka kematian meningkat kepada 29 susulan ribut ganas dan puting beliung membadai Wilayah selatan dan barat tengah Amerika Syarikat.
Puting beliung tanpa henti melanda selatan, barat AS
Ribut berkenaan turut memusnahkan rumah dan pusat membeli-belah serta meruntuhkan bumbung sebuah bangunan di Illinois.