SEREMBAN: Negeri Sembilan FC memerlukan penyerang berkualiti termasuk pemain import yang berupaya mencipta gol bagi membolehkan pasukan itu terus kekal kompetitif mengharungi Liga Super musim ini, kata Ketua Jurulatihnya K. Devan.
Tanpa menyalahkan pemainnya sudah melakukan yang terbaik selepas kecundang 1-2 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Devan berkata ketumpulan bahagian serangan dan kurangnya pemain import antara punca kekalahan pasukan itu.
NSFC hanya turun dengan dua pemain import, sedangkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ada lima pemain import dan seorang lagi di bangku simpanan. Secara jelas pemain yang menjaringkan gol adalah pemain import di bahagian serangan, tetapi kita tiada penyerang import.
"Saya lihat masalah pasukan adalah susah mendapatkan gol, pemain juga kurang kualiti di bahagian tertentu, sekiranya kita mahu menyaingi pasukan yang mempunyai bajet lebih baik, kita perlu cari jalan...jika tidak, perlu terima keputusan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Pemain import yang beraksi pada perlawanan semalam ialah Mark Herold Goulon dan Levy Clement Madinda namun Anselmo Arruda da Silva atau dikenali sebagai Casagrande tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.
"Sekarang ini pasukan perlu menjaringkan gol, kita bolos lebih banyak, pemain bermain bersungguh-sungguh sehingga tamat perlawanan. Semangat sahaja tidak mencukupi perlu ada kualiti, disebabkan kurang kualiti, NSFC tidak dapat menyaingi pasukan lain," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata hasil perbincangan dengan pihak pengurusan, NSFC akan bermain dengan pasukan sedia ada dan jika kewangan persatuan bertambah baik pasukan bakal mencari tambahan pemain import bagi jendela perpindahan kedua selepas ini.
NSFC kini menduduki tangga kesembilan carta liga dengan 10 mata dan dijadual berdepan Kuala Lumpur City pada 14 Mei ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Kata Devan, pemainnya sudah melakukan yang terbaik selepas kecundang 1-2 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Foto BERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.
Nafuzi hargai persembahan pemain meskipun berdepan isu tunggakan gaji
Mohd Nafuzi merakamkan penghargaan kepada pemainnya yang mempamerkan persembahan meyakinkan dalam saingan Liga Super.
Selangor benam NS, Terengganu berpesta gol
Selangor mendominasi separuh masa pertama, namun hanya menjaringkan satu gol menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-27.
Selangor kutip tiga mata penuh, Sabah hukum Sri Pahang
Pada awal permainan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan agak perlahan dengan beberapa percubaan berjaya dilakukan.
Sabah kembali raih tiga mata, Negeri Sembilan nyaris tumbang di laman sendiri
Selepas 15 perlawanan, Sabah di kedudukan kelima dengan 27 mata, sementara Kelantan United kekal di kedua tercorot dengan enam mata.
Cheng Hoe waspada taktikal Devan di Paroi
Pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.
Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
NSFC tampil dengan semangat baharu, menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri dalam saingan liga sebelum ini.
Negeri Sembilan FC perlu penyerang berkualiti untuk kekal kompetitif
Negeri Sembilan FC memerlukan penyerang berkualiti termasuk pemain import yang berupaya mencipta gol bagi membolehkan pasukan itu terus kekal kompetitif mengharungi Liga Super musim ini.
Liga Super: Negeri Sembilan terus buru penamat tiga teratas tewaskan Kedah
Matheus Alves terlebih dahulu membuka jaringan buat Negeri Sembilan menerusi rembatan jarak jauhnya pada minit ke-25.