awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan tercampak dari bot ditemukan lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2025
10:30 MYT
Nelayan tercampak dari bot ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai terdampar di muara Sungai Keluang, di Besut sekitar jam 12.40 tengah hari pada Ahad.- Foto JBPM Besut
BESUT: Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai tercampak ke laut selepas bot dinaiki dilambung ombak dalam kejadian di muara Sungai Keluang, di sini pagi Ahad.
Mangsa, Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, ditemukan terdampar di muara sungai berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian jam 10.15 pagi.
"Difaham, mangsa telah tercampak ke laut dari bot ketika dalam perjalanan pulang ke darat.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) mangsa dijalankan pasukan penyelamat di sekitar kawasan itu dan mangsa ditemukan selepas hampir tiga jam operasi dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di Muara Sungai Keluang di sini pada Ahad.
Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi SAR tersebut melibatkan seramai 41 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nelayan ditemukan lemas
#tercampak bot
#bot dinaiki dilambung ombak
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan