IPOH: Bukan calang-calang kudrat yang ada pada diri nenek berusia 57 tahun ini apabila mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah hanya dengan menaiki motosikal demi kelangsuang perniagaan yang menjadi mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lepas.
Saparisah Abdul Rahman berkata tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya jadi 'hak milik' lelaki.
"Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memasang tong gas di rumah pelanggan.
"Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semua ada," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II di sini.
Nenek kepada 16 cucu itu, yang selesa disapa Kak Zah berkata dengan menggunakan motosikal, beliau mampu membawa tiga tong gas pada satu-satu masa bagi memenuhi tempahan pelanggan di sekitar Taman Meru hingga Silibin dari kediamannya yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar raya.
Menurut Saparisah walaupun ramai sedia maklum bahawa mengangkat dan menghantar gas adalah pekerjaan lelaki, beliau memilih untuk memekakkan telinga dan terus melihat ke depan demi membantu keluarga.
"Apabila saya menghantar gas, ada yang tanya awak perempuan larat ke angkat tong gas. Saya senyum dah teruskan kerja. Zaman ini kita tidak boleh memilih kerja, asalkan halal dan ada minat kita buat sahaja.
"Sebelum ini, saya pernah kerja sebagai pembuat pasu di kilang di Jalan Kuala Kangsar, tetapi selepas kilang tersebut tutup saya rasa bosan dan ingin mencari rezeki bagi membantu suami," katanya.
Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata beliau memilih untuk berniaga gas kerana dapat menikmati gaji secara harian.
"Sehari saya dapat jual 30 hingga 40 tong gas, paling banyak 50 tong. Saya seronok kerana dapat duit tunai setiap hari untuk dijadikan modal pusingan. Jika kerja kilang, perlu tunggu sebulan baru dapat duit," ujarnya.
Menceritakan cabaran yang dihadapi sepanjang berniaga, Saparisah berkata antara yang menyedihkan apabila stor penyimpanannya kerap dipecah masuk dan banyak tong gas dicuri.
"Satu tong gas RM128, mungkin bagi orang lain nilai itu tidak seberapa tapi bagi peniaga kecil seperti saya ia mahal dan terpaksa tanggung kerugian," katanya yang turut dibantu Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membangunkan perniagaannya.
Walaupun pernah dicadangkan agar berehat dan menyerahkan tugas kepada anak-anaknya, wanita itu tetap memilih untuk terus bekerja dek kerana minat yang mendalam.
"Setakat ini memang tidak terlintas dalam fikiran untuk berhenti jual gas, saya seronok kerana dapat jumpa rakan-rakan sambil menghantar gas," katanya
Sementara itu, sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih 'KASIH Wanita' sebagai tema sambutan pada kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Saparisah sedang sibuk menyusun tong gas ketika ditemui di kediamannya di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II. - Foto BERNAMA
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Nenek 16 cucu gigih angkat tong gas demi rezeki
Tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu.
Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek
Ia berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.
Nenek mangsa 'love scam' rugi lebih setengah juta
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM565,700 dipercayai akibat diperdaya oleh seorang 'doktor' yang dikenalinya melalui platform media sosial tahun lepas.
Nenek, cucu terselamat dalam kebakaran rumah
nenek berusia 60 tahun bersama cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Perana, Jalan Padang Mat Sirat.
Nenek baru lulus lesen motosikal terkejut terima 20 saman
Goode yang lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu mengesyaki bahawa nombor pendaftaran motosikalnya telah diklonkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah dan mengarahkan kedua-dua defendan membayar kos RM80,000 kepada nenek mereka.
'Doakan nenek yang kini berada hospital' - Nadia Brian kongsi berita duka keluarga dijangkiti COVID-19
Nadia sebelum ini telah berkongsi berita bahawa beberapa ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19.
Guna kanta pembesar tidak halang nenek 72 tahun khatam al-Quran
Rokiah adalah antara 120 peserta program Jom Celik Al-Quran anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal
Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.