NATIONAL
Netizen kecam pelancong buka pakaian di puncak Gunung Kinabalu

Menanggalkan pakaian di puncak Kinabalu dilihat sebagai tindakan menghina 'kesucian' gunung itu. - Gambar Fail
Tindakan beberapa pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu, dikritik ramai sebagai satu tindakan yang bukan sahaja tidak bermoral, tetapi juga biadab kerana tidak menghormati semangat Aki Nabalu.
Dalam beberapa keping foto yang tersebar itu, 10 pelancong, termasuk empat wanita, dilihat menanggalkan pakaian di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu. Mereka dikatakan berbuat demikian untuk membuang air.
Laman sosial menjadi platform orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati.
Malim gunung yang mengawasi kumpulan itu dikatakan telah menegur tindakan mereka, namun tidak diendahkan.
Penduduk tempatan percaya gunung tersebut merupakan sebuah tempat suci.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami