PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir prosiding rayuan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan empat yang lain berhubung saman pelanggaran kontrak mereka terhadap sebuah bank.
Mahkamah membenarkan penangguhan prosiding rayuan itu selepas dimaklumkan bahawa peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat.
"Memandangkan sijil sakit dikemukakan oleh Muhammad Shafee, kes ditangguhkan ke tarikh lain. Pihak-pihak perlu mengadakan pengurusan kes untuk menetapkan tarikh baharu.
"Ini akan menjadi penangguhan terakhir untuk rayuan ini," kata Azizah yang bersidang bersama hakim Lee Heng Cheong dan Datuk Hashim Hamzah.
Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan yang dikemukakan NFCorp dan empat yang lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Julai 2019 yang menolak saman mereka terhadap Public Bank atas dakwaan pelanggaran kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.
Semasa prosiding secara dalam talian hari ini, peguam Sarah Malini Abishegam yang mewakili NFCorp dan empat yang lain memohon mahkamah memberikan penangguhan singkat kerana Muhammad Shafee demam, batuk dan sakit tekak serta hilang suara.
"Kami mohon maaf. Kami tiada pilihan lain kerana hanya beliau (Muhammad Shafee) yang diberi kuasa mengendalikan kes ini," katanya.
Beliau berkata, penangguhan kali ini adalah yang ketujuh, namun kebanyakan penangguhan pendengaran rayuan adalah atas sebab COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Peguam bank itu, Yoong Sin Min berkata, rayuan difailkan pada Ogos 2019 dan sejak itu hingga kini, pihak dalam rayuan telah melalui enam pengurusan kes kerana enam tarikh perbicaraan telah ditangguhkan.
"Saya tidak akan membantah (penangguhan) tetapi memandangkan ia adalah tarikh perbicaraan ketujuh dan sukar bagi saya untuk memberitahu anak guam saya mengapa kes itu asyik ditangguhkan," katanya dan menuntut kos RM10,000.
Yoong berkata, permohonan penangguhan sebelum ini adalah kerana Muhammad Shafee terlibat dalam dua lagi kes mahkamah serta mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan yang sedang berlangsung.
Penangguhan lain kerana Muhammad Shafee terpaksa ke Amerika Syarikat, sebab COVID dan juga isu rekod rayuan.
Peguam itu berkata, beliau hanya dimaklumkan pagi ini tentang keadaan Muhammad Shafee yang tidak boleh menghadiri prosiding mahkamah hari ini.
Beliau memohon agar penangguhan kali ini adalah yang terakhir bagi pendengaran rayuan itu.
NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat menyaman Public Bank pada 22 Mei 2012, memfailkan saman terhadap Public Bank kerana mendakwa maklumat sulit dan rahsia perbankan mereka telah disebarkan kepada umum oleh bank tersebut.
Dalam penyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka terjejas berikutan pelanggaran Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) itu.
Mereka mendakwa, maklumat akaun bank mereka yang dibocorkan itu digunakan oleh Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli untuk menyokong dakwaan bahawa plaintif telah mempengaruhi pinjaman kerajaan untuk membeli lapan hartanah KL Eco City. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Mahkamah membenarkan penangguhan prosiding rayuan itu selepas dimaklumkan bahawa peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.
Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan rayuan saman NFCorp terhadap Public Bank
Penangguhan dibuat selepas peguam yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan.
NFCorp dibenar penangguhan terakhir bagi rayuan, diperintah bayar kos RM5,000
Penangguhan prosiding rayuan ekoran peguam utama Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat.
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.
Audit gagal buktikan NFC beli hartanah guna pinjaman
Firma dilantik kerajaan, PwC gagal dalam membuktikan sumber dana firma ternakan lembu itu untuk pembelian hartanah adalah dari sumber wang pinjaman kerajaan.
Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.
Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.
NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.