awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im

Bernama
Bernama
31/01/2025
21:40 MYT
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Mohd Na'im (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri Program Zikir Akbar MADANI Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, 31 Jan 2025. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menggesa badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengalaman beroperasi di Palestin untuk terlibat dalam Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi bagi membantu usaha membangunkan semula Gaza.
Beliau berkata, penglibatan semua pihak dalam jawatankuasa itu adalah mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
"Kita sama-sama doakan agar hasrat yang disebut oleh Perdana Menteri supaya Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konteks bersama-sama dengan kerajaan Jepun untuk membantu sahabat kita yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis Israel berjaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Zikir Akbar MADANI sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Mohd Na'im berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada 6 Feb ini dengan gerak kerja akan dikelola oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Antara pengisian program malam tadi termasuk Solat Hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia, dan Tausiyah Khas menyentuh nilai perpaduan dan kesejahteraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangunan semula Palestin
#NGO
#jawatankuasa khas
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan