awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Nasruddin dilantik KSU KPM baharu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/02/2023
02:50 MYT
Nik Nasruddin dilantik KSU KPM baharu
Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa pada 2 Februari 2023. - Foto Twitter/@DrAhmadSamsuri
PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baharu.
Menerusi satu kenyataan media pada Khamis, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa pada 2 Februari 2023.
Menurutnya, Nik Nasarudin berkelulusan Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta telah berkhidmat selama 32 tahun dengan perkhidmatan awam.
Beliau bermula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru) dari tahun 1990 sebelum dilantik ke Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 16 Disember 1996.
"Nik Nasrudin berpengalaman luas dalam pelbagai bidang terutama melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan serta pentadbiran dan pembangunan modal insan.
"Pengalaman itu diperoleh setelah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan pengalaman dan kredibiliti beliau, Mohd Zuki yakin Nik Nasrudin mampu meneruskan misi Kementerian untuk melestarikan sistem pendidikan berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Malaysia Madani.
Topic Berkaitan
#Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi
#Ketua Setiausaha
#KPM
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan