awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Nazmi sasar jadikan sektor air sumber ekonomi negara

Bernama
Bernama
08/12/2022
08:46 MYT
Nik Nazmi sasar jadikan sektor air sumber ekonomi negara
Nik Nazmi Nik Ahmad akan memberi fokus kepada pelaksanaan Transformasi Sektor Air 2040 untuk menjadikan sektor itu sebagai sumber ekonomi negara dan menjadikan Malaysia hab air global. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan memberi fokus kepada pelaksanaan Transformasi Sektor Air 2040 untuk menjadikan sektor itu sebagai sumber ekonomi negara dan menjadikan Malaysia hab air global.
Beliau berkata, tumpuan akan diberikan terhadap usaha meningkatkan akses bekalan air kepada 98 peratus, daripada 97 peratus pada masa ini, terutama di kawasan luar bandar dan pulau-pulau.
"Tumpuan juga kepada peningkatan liputan perkhidmatan pembetungan kepada 90 peratus, pengurangan kadar air tidak berhasil kepada 25 peratus menjelang 2025 dan peningkatan kemampanan kewangan sektor air, agar pelaburan dan peningkatan perkhidmatan secara berterusan kepada pengguna dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian AsiaWater 2022, di sini hari ini.
Beliau berkata, strategi dan pelan tindakan bagi mencapai sasaran itu akan digarap secara teliti dalam pelaksanaan Transformasi Sektor Air 2040.
Nik Nazmi berkata, pihaknya juga akan memfokuskan kepada empat perkara utama dalam pengurusan air negara iaitu menjamin bekalan dan sumber air berterusan dan mampan kepada rakyat; meningkatkan kemampanan kewangan industri air negara; meningkatkan akses bekalan air dan kecekapan operasi industri air serta mempertingkat ketahanan sektor air terhadap fenomena perubahan iklim.
Beliau berkata, kementeriannya turut mempergiat usaha menangani masalah banjir menerusi pendekatan struktur dan bukan struktur melibatkan pelaburan besar daripada kerajaan, termasuk menaik taraf tembok penahan banjir, penyelenggaraan takungan banjir, pintu kawalan air, pam tetap dan mudah alih, kamera pemantauan dan sistem ramalan serta amaran banjir. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#sektor air
#sumber ekonomi negara
#Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan