ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan parti itu, Mei nanti.
"Saya pasti anak-anak muda mahukan pemimpin yang mereka percaya dapat mewakili kepentingan mereka. Ini harus mencerminkan cita-cita unggul, kekuatan intelek serta aktivisme yang berkekalan," katanya.
Dengan bertemakan AMK Untuk Malaysia, Nik Nazmi akan berdepan penyandang jawatan timbalan ketua AMK, Nazree Yunus dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dalam pertandingan tiga penjuru.
Berslogankan 'Berani, Dinamik dan Peduli', beliau berkata pasukan anak mudanya sememangnya bersedia untuk meneruskan perjuangan reformasi parti itu.
Nik Nazmi berkata, beliau berhasrat untuk melonjakkan peranan anak muda bukan sahaja sebagai golongan pendesak bahkan menjadi komponen utama dalam pembuat dasar parti dan kerajaan menjelang PRU14 nanti.
Selain Nik Nazmi, 'AMK Untuk Malaysia' turut membariskan ADUN Teja, Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua AMK, serta Nor Hizwan Ahmad, R Sri Sanjeevan, dan Carol P Malawai untuk calon-calon naib ketua AMK.
Sementara itu, Amirudin ketika ditemui semasa pelancaran manifesto 7 gagasan 'AMK Baru' berkata apa yang membezakan pasukannya dengan pasukan Nik Nazmi ialah pasukannya menggabungkan jaringan pemimpin professional dan pelapis di akar umbi.
"AMK Baru menggabungkan jaringan pemimpin professional dan pelapis di akar umbi dan saya yakin anak-anak muda di semua peringkat memahami aspirasi ini dan saya percaya AMK Baru akan mendapat sokongan yang kuat," katanya.
Menurut Amirudin lagi, pasukannya itu juga telah menggariskan sasaran mereka serta gerak kerja yang jelas untuk tugas AMK bagi memperkuatkan parti dan agenda perubahan di Malaysia.
Astro Awani
Sat Feb 15 2014
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.
AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.
Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.