Menjelang pemilihan bagi jawatan tertinggi dalam Umno esok, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap para perwakilan meneliti semasak-masaknya setiap calon yang menawarkan diri sebelum membuat pilihan mereka.
Timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno berkata calon yang baik dianggap boleh membantu mengukuhkan kepimpinan dalam Umno iaitu berkelayakan, berpengalaman, berperwatakan baik, sedia berkhidmat dan berjuang untuk parti, bangsa, agama dan negara selain tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak sesuai.
Beliau yakin kira-kira 146,000 perwakilan dari 191 bahagian akan membuat keputusan bijaksana yang akhirnya menghasilkan keputusan bahawa Umno sebuah parti yang berwibawa, berintegriti dan pemimpin yang dipilih pula berkemampuan, bijaksana, berakhlak dan bermoral tinggi.
Muhyiddin ditemui media Malaysia selepas menyampaikan ucapan di majlis mesyuarat Peneraju Industri Malaysia dan Vietnam di sini hari ini yang disertai 60 pemimpin pelbagai industri dari kedua-dua negara.
Sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
Muhyiddin berkata keputusan pemilihan itu kelak akan dinilai bukan sahaja oleh anggota Umno bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Walau apapun keputusannya, beliau berharap Umno selepas pemilihan itu kelak menjadi parti yang lebih kuat, lebih disegani, lebih dihormati dan tidak dipalit dengan sebarang perkara tidak sihat.
Bagi calon pula, beliau berkata sama ada mereka terpilih atau tidak dalam pemilihan itu merupakan lumrah dalam proses demokrasi.
"Yang kalah itu ahli parti dan yang menang juga ahli parti, tetapi kalau mereka tidak terpilih tidaklah bermakna terputus tanggungjawab dan peranan mereka," kata beliau yang merujuk diri beliau sendiri sebagai pernah tidak terpilih untuk jawatan dalam parti namun tetap meneruskan perjuangan.
Beliau meminta calon yang tidak terpilih agar terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih walaupun hanya menang dengan satu undi sahaja kerana ia proses demokrasi yang dipilih Umno.
Mengenai kemungkinan berlaku perpecahan dalam parti selepas proses pemilihan, Muhyiddin berkata dalam mana-mana proses pemilihan akan timbul masalah tetapi janganlah masalah itu sampai membawa perpecahan dalam parti.
"Kalau ahli parti pentingkan imej parti dan maruah parti dijaga dan dipelihara, maka ahli tidak akan berbuat sesuatu yang tidak baik," katanya.
Bernama
Fri Oct 18 2013
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.