DREBAR
Nissan Serena S-Hybrid CKD berwajah baru


Untuk gred Premium Highway Star, spoiler bumbung dan visor pintu pula ditambah untuk meningkatkan unsur sporty. Gred ini juga dilengkapi dengan V-Kool Elite Security, Armorcoat dan Solar Gard.
Bahagian dalaman salah-satunya MPV hibrid di negara ini juga mengekalkan dinamik yang sama – ruang yang luas, rekaan kerusi yang memberi dinamik seimbang dari segi penyimpanan kargo dan keselesaan untuk 8 orang penumpang.

Tambahan pula, bahagian dalaman pada gred Premium Highway Star yang telah ditambah baik menawarkan sentuhan sofistikated menerusi gabungan tempat duduk dibalut kulit, serta unit utama multimedia berukuran 6.5 inci bersama kamera undur, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth serta panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung.
Enjin yang digunakan serta outputnya masih sama seperti dahulu, dan anda boleh mengetahui pendapat kami mengenainya di sini.

Dari segi peralatan keselamatan, Serena S-Hybrid baharu ini dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, sistem brek Anti-Lock (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA), Vehicle Dynamic Control (VDC) dan Traction Control System (TCS).
Sempena pelancaran Nissan Serena S-Hybrid baharu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menawarkan yuran servis penyelenggaraan percuma selama 3 tahun serta peluang memenangi percutian 3 hari 2 malam di Legoland Malaysia; termasuk penginapan dan akses ke taman-taman tema Legoland untuk pelanggan yang mendaftar sebelum 31 Disember 2014.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian tol percuma khidmat pelanggan Nissan di 1800-88-3838.
Pembeli varian Highway Star masih boleh menaiktaraf Serena S-Hybrid mereka sebagaimana yang standard pada varian Premium Highway Star dengan komponen-komponen seperti berikut:

No. | Barangan | Harga |
1. | Navigasi Multimedia bersaiz 6.5” dengan Kamera Pandang Belakang, Pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth | RM3,300 |
2. | Panel LCD bersaiz 10.1” dipasang pada bumbung | RM700 |
3. | Tempat duduk dibalut kulit | RM2,800 |
4. | Spoiler mumbung | RM800 |
5. | Visor pintu | RM400 |
6. | V-Kool Elite Security | RM4,600 |
7. | V-Kool Armorcoat | RM2,950 |
8. | V-Kool Solar Gard | RM1,500 |

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami