awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh mohon maaf terlupa tanggal topi BN dalam program kementerian

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2022
03:41 MYT
Noh mohon maaf terlupa tanggal topi BN dalam program kementerian
Noh menerusi satu hantaran di Facebook memohon maaf berikutan terlupa menanggalkan topi berlambang BN dalam satu program usahawan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Pulai Johor Bharu pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memohon maaf berikutan terlupa menanggalkan topi berlambang Barisan Nasional (BN) dalam satu program usahawan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Pulai Johor Bharu pada Sabtu.
Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad memaklumkan, sebelum menamatkan ucapan beliau sempat memohon maaf kepada usahawan yang hadir pada program itu.
"Tidak sengaja (saya memakai topi berlambang BN) sebab hujan masa saya sampai. Terima kasih sebab sporting (berfikiran terbuka)," ujarnya.
Dalam video yang turut dikongsi Noh pada hantaran Facebook sama memaklumkan, perkara itu tidak disengajakan berikutan hujan sewaktu beliau sampai ke program berkenaan.
"(Saya) terlupa hendak buka topi (disebabkan) hujan sewaktu saya sampai, jadi jangan lupa (mengundi) lambang ini."
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Februari, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#topi BN
#program usahawan
#lupa tanggal topi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan