KUALA LUMPUR: Data Kementerian Pendidikan yang secara langsung mencerminkan peningkatan kes buli di sekolah belakangan ini, mencetuskan polemik dengan beberapa pihak mengesyorkan kerajaan memperkenalkan undang-undang khusus bagi menangani permasalahan itu.
Syor mereka bersandarkan kebimbangan gejala sosial itu akan terus membarah selepas pihak berwajib mendedahkan sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Media juga kerap melaporkan kes sedemikian, antaranya pada September lepas tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima dalam kejadian di sebuah sekolah berprestij di Kuala Kangsar, Perak. Menyusul baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras di sini, juga dikatakan kerana tidak tahan dibuli.
Jelas, kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman akibat buli pada 2017, gagal memberi keinsafan ataupun pengajaran kepada pihak yang berkenaan, sekali gus kata pakar, mewajarkan penguatkuasaan satu undang-undang khas sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Filipina.
Sekalipun Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli dan Gangguan Seksual pada September lalu, pakar berpandangan tindakan itu belum memadai.
"Perlu ada undang-undang kerana garis panduan itu hanya membantu pihak sekolah mengendalikan kes buli. Bagi saya, penting penguatkuasaan (akta) sebagai pengajaran dan membangkitkan ketakutan supaya mereka tidak mudah membuli," kata peguam Muhammad Akram Dr Abdul Aziz kepada Bernama.
BULI BUKAN SEKADAR FIZIKAL
Pada masa sama, Muhammad Akram meluahkan rasa kesal kerana masih ramai tidak menyedari salah laku buli tidak terhad kepada kekerasan fizikal semata-mata, tetapi turut merangkumi percakapan secara lisan seperti mengejek, mengusik atau menghina fizikal seseorang.
Malah katanya, buli juga boleh dilakukan dengan bahasa badan.
Tanggapan buli hanya berbentuk kekerasan fizikal membuatkan ramai mangsa buli secara lisan atau bahasa badan diabaikan, sekali gus menafikan hak mereka mendapat pengadilan, kata beliau lagi, menambah perbuatan tersebut memberi kesan kepada pembangunan sahsiah seseorang yang turut berisiko mengalami tekanan mental.
"Kerana itu saya melihat perlu ada akta bagi salah laku buli. Adanya undang-undang maka tafsiran buli itu lebih menyeluruh dan dapat membantu mangsa buli akibat percakapan seperti mengejek, menyebarkan khabar angin, panggilan mengaibkan atau mimik muka, misalnya menjegilkan mata, senyum sinis dan sebagainya," kata beliau.
"Buat masa ini, antara undang-undang yang digunakan bagi menangani kes buli ialah Kanun Keseksaan, namun akta ini hanya boleh mensabitkan buli esktrem yang mengakibatkan kecederaan, bunuh dan ugutan," jelasnya.
Turut senada, Dr Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam, penyelidik bersekutu di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, berkata dengan adanya peruntukan khusus undang-undang, si pembuli, sama ada secara fizikal ataupun lisan, dapat dikenakan hukuman setimpal.
Peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 misalnya, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 bagi mereka yang disabitkan kesalahan membuli secara lisan, katanya yang menyifatkan jumlah denda itu tidak setimpal dengan kesan ke atas mangsa.
JANGAN SOROK
Penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahim turut bersetuju dengan saranan pewujudan akta khusus, yang bagi beliau dapat menutup ruang dan peluang salah laku itu daripada berlaku.
"Semua pihak harus mengambil iktibar kes buli yang berlaku sebelum ini. Jangan wujudkan ruang untuk pembuli. Contohnya, apabila pelajar mendaftar masuk ke asrama, akan ada program suai kenal antara pelajar baharu dan senior.
"Melalui program ini, pembuli boleh kenal pasti pelajar lemah atau mereka yang mudah dibuli, sekali gus merisikokan mereka (kepada buli). Malah, ada potensi mereka yang pernah menjadi mangsa sebelum ini bertukar menjadi pembuli," katanya yang turut mencadangkan agar program seperti itu diteliti semula dan disesuaikan dengan keadaan semasa.
Pada masa sama, beliau menegaskan pihak sekolah harus bertanggungjawab dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya berlaku insiden buli di institusi mereka, waima sekolah berprestij.
"Sebelum ini pernah tular sekolah berasrama penuh sanggup menyembunyikan kes yang dianggap mampu menggugat nama baik mereka termasuk kejadian buli, semata-mata mahu menjaga imej sekolah," kata Shahul Hamid.
Pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Dr Norsafatul Aznin A. Razak pula melihat pihak sekolah yang menyembunyikan insiden buli sebagai mengabaikan kebajikan pelajar.
Katanya, ini kerana setiap pelajar mempunyai hak untuk berasa selamat dan pihak sekolah perlu memberi jaminan keselamatan terhadap warganya.
"Semua sekolah harus mempunyai prosedur yang jelas untuk melapor, menyelidik dan menangani kes buli. Perlu ada langkah pencegahan buli dengan melaksanakan program pencegahan buli di sekolah.
"Ibu bapa juga kena berwaspada dan perlu melihat sama ada anak mereka berpotensi atau berdepan risiko dibuli dalam kalangan rakan-rakan mahupun lingkungan sekitar mereka, agar anak itu dapat dibantu apabila perbuatan tersebut berlaku," katanya.
PERANAN MASYARAKAT
Sementara itu, Mohamad Naqiuddin turut meletakkan tanggungjawab menamatkan salah laku buli pada masyarakat, yang katanya perlu memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan permasalahan tersebut.
Kepekaan masyarakat terhadap isu itu akan dapat membendung salah laku berkenaan di peringkat awal, kata beliau, dan menambah ini termasuk mengenal pasti mereka yang menjadi mangsa buli dan mengambil langkah segera bagi menanganinya.
"Kajian mendapati kegagalan mengawal perasaan marah, kurang rasa empati, desakan rakan sebaya serta pelaksanaan disiplin di sekolah yang kurang berfungsi antara faktor yang mendorong perbuatan buli.
"Oleh sebab itu kita perlukan pembabitan komuniti yang aktif untuk menamatkan gejala buli. Persatuan ibu bapa dan guru juga boleh melaksanakan program menghentikan buli di sekolah termasuk menjalankan kempen antibuli," katanya.
Beliau juga melihat portal aduan buli yang dilancarkan KPM pada Ogos tahun lepas sebagai medium terbaik bagi melaporkan kes buli di setiap sekolah seluruh negara, berbanding menyebarkan insiden itu di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya. - Gambar hiasan/BERNAMA
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.