awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NPE, Besraya ditutup sementara pagi Ahad untuk acara larian

Bernama
Bernama
30/07/2025
07:40 MYT
NPE, Besraya ditutup sementara pagi Ahad untuk acara larian
Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara pada 3 Ogos 2025 dari 1 pagi hingga 11 pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara bermula 1 pagi hingga 11 pagi, Ahad ini (3 Ogos) bagi memberi laluan kepada IJM Duo Highway Challenge Run 2025.

Ringkasan AI
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara pada 3 Ogos 2025 dari 1 pagi hingga 11 pagi bagi memberi laluan kepada acara larian tahunan tersebut.
  • Penutupan melibatkan laluan dari Bulatan Kewajipan ke arah Bangsar dan Kuchai Lama ke Plaza Tol Pantai Dalam (NPE), serta dari persimpangan bertingkat Kuchai Lama ke Jalan Pandan 1 (Besraya) bagi kedua-dua arah.
  • Pengguna dinasihatkan guna laluan alternatif dan merujuk media sosial rasmi NPE dan Besraya untuk maklumat lanjut; penutupan mendapat kelulusan KKR dan LLM serta disokong oleh PDRM dan pasukan teknikal bagi kelancaran acara.

Bagi NPE, penutupan itu melibatkan dari kilometer (KM) 1.8 di Bulatan Kewajipan (Subang Jaya) ke KM 11 ke arah Bangsar serta dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam di kedua-dua arah.
Di Besraya pula di laluan persimpangan bertingkat Kuchai Lama hingga ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi kedua-dua arah.
Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan Wan Salwani Wan Yusoff berkata pengguna diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesulitan sepanjang penutupan itu dengan butiran berkaitan laluan alternatif boleh diperoleh melalui platform media sosial NPE dan Besraya.
Beliau berkata penutupan bagi acara tahunan itu mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang acara. Pasukan pengurusan trafik serta petugas teknikal juga akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan pelaksanaan acara berjalan lancar," katanya dalam kenyataan.
Peserta, penyokong serta penonton juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tiba lebih awal pada hari acara larian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NPE
#Besraya
#tutup lebuh raya
#acara larian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan